Saturday 31 December 2011

KALAU JODOH TAK KEMANA PART 5

TANDA-TANDA ANDA MATANG DALAM BERCINTA

usia percintaan yang lama membuatkan kita semakin matang dan berdikari dalam bercinta
semakin hari semakin mampu memendam perasaan seorang diri tanpa perlu meluahkan kepada pasangan
dan semakin hari semakin mampu melakukan setiap pekerjaan sendiri
tanpa mengharap pertolongan dari pasangan..
bukan nak cakap semakin hari semakin bosan atau hambar, tapi makin hari makin..........
hummm makin matang la senang cerita! korang paham kan maksud aku?haha
tak semestinya bila kita jadi matang dan berdikari hubungan cinta kita menjadi hambar dan renggang
kadang kala dengan tidak mengharapkan apa-apa dari pasangan membuatkan kita kuat dan tidak cengeng!
contoh la, korang dok sebuk tiap saat,tiap jam, dan tiap hari hantar dan tunggu mesej dari si dia.
sedangkan si dia nak balas mesej korang pon lembab macam siput tenuk. kan buat sakit hati diri sendiri je
tapi kalau korang ada sikap matang dalam bercinta,
comfirm korang tak akan rasa sakit hati bila si dia lambat balas mesej atau tak balas langsung..
sebabnya, korang dah pupuk hati korang supaya tidak terlalu bergantung pada pasangan..
memang normal bagi setiap orang yang bercinta mesti tak boleh berenggang dengan pasangan
tapi makin lama usia percintaan tu,korang akan mula untuk tidak terlalu bergantung pada kekasih.
atau boleh dikatakan tidak terlalu berharap pada si dia.
maksud aku bukan korang kena lupakan terus si dia atau tidak berharap langsung dalam perhubungan,
tapi belajar untuk tidak berlebih-lebihan dalam bercinta..
actually banyak hikmahnya jika kita matang dan berdikari dalam percintaan. dan salah satu hikmahnya, mengurangkan maksiat. (tak nak cakap mengelak maksiat sebab manusia bukan maksum yang tak lepas dari melakukan maksiat)



berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan korang semakin matang dalam bercinta
tanda-tanda yang mengikut pandangan dan pengalaman aku la..
mungkin tak seratus peratus betul atau kalau ada pon hanya kebetulan..




JARANG BER'SMS' DAN BERHUBUNG



masa mula-mula bercinta dulu amboihhhh kemain lagi! kalau boleh tiap saat nak bersms..
tak berenggang dari handphone.macam kena gam dekat tangan.
24 jam nak mesej si dia. kadang-kadang bukan ada benda penting pon nak borak.
balik-balik tanya "u dah mamam?dah mandi?dah solat?"
soalan dan perkataan yang sama diulang setiap hari.
tak ada modal nak cakap pon tak apa,janji dapat mesej..
balas "k" pon tak apa dari tak balas apa-apa kan?cehhh baziaq kredit jela weyh!
melalui pemerhatian dan pengalaman aku la kan, perempuan lebih kuat bersms berbanding lelaki.
busy mana pon perempuan tu, mesti akan habiskan masa untuk mesej kekasih dia
even tak ada benda penting nak cakap. nak masuk tandas pon kadang-kadang kena mesej si dia dulu.
yang lagi parah, berak pon nak mesej jugak! aduyai.
tu yang jadi kes handphone masuk jamban baru tiga minggu guna..
(aik?macam pernah dengar je kes ni..haha)
laki pulak berbeza..
diorang tak berapa suka habiskan masa untuk bersms walaupon dengan yang tersayang.
handphone skrin sentuh jenama 'Oren' yang diorang beli mahal-mahal tu bukan untuk mesej makwe
tapi untuk main game angry bibird je..maap ler ye sang awek!
dan satu yang perlu perempuan paham, lelaki kalau tengah busy study,bekerja atau main game,
jangan la korang kacau atau desak diorang untuk balas mesej dengan cepat.
sesungguhnya mereka kaum yang tidak boleh fokus banyak perkara dalam satu masa.
trust me! cehh ayat!haha
tak macam kaum hawa, sangat pro!
tengah makan pon boleh taip mesej laju je pakai tangan kiri.tangan sebelah lagi suap nasi.
tak ada pon kes masuk wad akibat tercekik tulang ikan atau keluar nasi dari hidung.
tidak ke hebat namanya tu?haha
tu lah sebabnya perempuan lebih kuat touching bila sang kekasih tidak membalas mesejnya.
namun,sikap matang dalam bercinta ni lah yang dapat menghilangkan rasa sedih dan sakit hati tersebut
pupuklah sikap untuk tidak terlalu banyak membuang masa dengan bersms perkara yang tidak penting




JARANG BERJUMPA DAN BER'DATING'

setiap pasangan yang tengah bercinta tak sah kalau tak pernah pergi dating!
tak kisah la dating berdua ke ramai-ramai ke.tapi tetap berjumpa..
then sekali dah berjumpa,rasa nak jumpa lagi. rasa rindu yang membuak-buak tu
yang membuatkan korang gedik asyik nak berkepit je.betul tak?haha
seeloknya minimumkan pertemuan korang dengan si dia.
lebih banyak faedahnya jika jarang berjumpa berbanding selalu sangat jumpa
orang cakap kalau selalu jumpa cepat muak kan? macam makan keju pulak nak muak-muak bagai.haha
jauh di mata dekat di hati right? kalau jarang jumpa,rindu lebih mendalam.ececehhh geli tengkuk!
dan yang paling penting!! dapat kurangkan 'aksi terlarang' dan secara tidak langsung kurangkan dosa
bak kata pakcik suhaimi meor hassan :
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
so,tak salah bersikap matang.minimumkan kekerapan dan masa berjumpa.
bukan aku suruh jangan jumpa langsung.boleh..tapi pandai-pandailah bahagikan masa wisely
janganlah asal si dia baru seminggu tak nak jumpa je,korang nak tarik muncung panjang sedepa. 
think positive!think for the benefits!



TAK MENGHABISKAN MASA BERJAM-JAM UNTUK BERGAYUT


bila cakap pasal bergayut je mesti ingat super saver,i-talk,bonus-link dan macam-macam lagi
(aik bonus-link ada ke?aku hentam je)
bergayut ni biasanya jadi habit untuk pasangan yang tengah honeymoon
atau baru dalam frasa di awang-awangan.haha
yang dah bertahun-tahun bercinta jarang dah bergayut berjam-jam on the phone.
paling-paling pon cakap 5 minit je lepas tu terus nak off call.
nak bergayut berjam-jam pon untuk apa?tak ada benda langsung nak borak
nak tanya pasal latar belakang si dia,semuanya korang dah tau.
nak tanya "u dah mamam?"
owh pleasee! buang masa je beb habiskan super saver semata-mata nak tanya dah mamam ke belum..
"owhhh dah pandai berkira dengan anje ye sekarang??" hahahaha
lebih baik korang simpan kredit tu call negro kat atas ni tanya khabar.ok dah melalut!
tapi seriously,bagi aku tak penting pon bergayut berjam-jam ni.
tak penting pon buat super saver, bonus-link semua tu.
kalau dah rindu sangat,call jela sekejap asal dapat dengar suara.
tak perlu kot nak on the phone sampai berjam-jam yang end-up,both tak tau nak cakap apa,
speechless tapi kredit jalan..topup habis rm10 dalam masa satu malam je.tak berbaloi.isk2
so, the same thing ,cuba jadi matang dan berdikari dalam bercinta.
kurangkan bergayut dan menghabiskan kredit untuk benda yang tak penting


MEM'BUSY'KAN DIRI DENGAN KERJA LAIN



ok.ni salah satu tanda yang korang benar-benar mampu berdikari tanpa si dia.
busykan diri membuat kerja lain atau kerja yang lebih penting.
jarang mesej dan bergayut membuatkan korang bosan melalui hari demi hari seorang diri
lepas tu start lah rindu dan terbayang-bayangkan si dia.
tapi kalau korang pandai cover rasa rindu tu dengan menyibukkan diri melakukan perkara berfaedah,
surely rasa rindu tu dapat dikawal.secara tak langsung korang dah berjaya pupuk diri 
untuk tidak terlalu bergantung dan berharap pada si dia
janganlah sebab angau dekat kekasih, kerja yang lain semua tak jalan 


MENGAWAL MARAH KETIKA BERTENGKAR



fakta,pasangan bercinta yang tak pernah bertengkar adalah pasangan yang tak normal!
aiyokkk!cuba ingat balik korang bercinta pernah gaduh tak?
kalau tak pernah maknanya korang cacat!haha
bertengkar tu perkara biasa dalam perhubungan
'sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri..' ececeh ada macam Saloma tak?
tapi kadang-kadang couple ni, asal gaduh je nak clash!asal clash je nak gaduh!
bila dah marah tak reti langsung nak kawal dan jaga hati pasangan.
main sembur je sampai yang keluar dari mulut semua kata-kata yang pedas
aiya!tarak baik la itu macam kan. 
masa happy bukan main semua benda nak puji
kentut bau macam telur cipan pon kata bau perfume adidas.
tapi bila dah marah,hamek kau! kalah api yang keluar dari mulut naga.betul tak?
selalunya jadi kes-kes macam ni sebab masing-masing belum cukup matang untuk mengatasi masalah
masing-masing ikut perasaan sendiri je.tak nak mengalah.ego sangat!
cuba jadi matang.tak salah rendahkan sikit ego tu untuk orang yand dicintai
dan yang paling penting,demi menjaga perhubungan yang suci..ececeh


PANDAI MENGAWAL RASA CEMBURU 



cemburu sangat berkait rapat dengan marah yang kat atas tadi tu.
disebabkan cemburu yang teramat sangat la seseorang tu jadi marah 
tengok adik kat atas ni,kemain bengang lagi muka dia tengok perempuan lain comolot pakwe dia
haha korang ni kecik-kecik lagi dah pandai comolot!akak report kat mak abah korang baru tau!
ok stop cerita pasal budak-budak kecik baru nak up ni!haha
hummm cemburu penting dalam perhubungan sebenarnya
sebab cemburu adalah tanda pasangan kita sayang dekat kita
kalau tak ada langsung rasa cemburu walaupun sikit, itu tandanya si dia tak ada perasaan cinta pada kita
tak pun si dia memang jenis main kayu tiga dekat luar,that's why tak cemburu langsung.haaa hati-hati!
tapi kalau dapat yang kuat cemburu pon susah jugak kan?
semua benda jadi tak kena.nak berkawan dengan berlainan jantina dekat facebook pon tak boleh
haih..tu lah pentingnya sikap matang dalam cinta.
kemon!jangan la cepat sangat nak cemburu buta dan tuduh pasangan melulu.
siasat dulu sampai lubang jamban.kalau dah terbukti dia betul-betul curang
lepas tu baru ambil tindakan sewajarnya.
ni tidak,sebab ikutkan sangat perasaan cemburu,hubungan cinta menjadi mangsa
clash macam tu je,then last-last menyesal nak couple balik..tak ke bengong namanya tu?opssss


LEBIHKAN MASA DENGAN KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN

tak dapat dinafikan,keluarga dan kawan-kawan lebih penting berbanding kekasih.
kita kenal keluarga dan kawan-kawan terlebih dahulu dari kita kenal si dia kan?
jadi,mereka patut diberi keutamaan.jangan jadi lupa daratan..
dah bercinta terus lupa keluarga dan kawan-kawan yang dah lama bersama dengan kita
apa-apa pun,family come first..kalau kita begaduh atau berpisah dengan pasangan,
keluarga jugak yang jadi tempat kita bersandar.
contoh la, korang tengok kes-kes terlanjur dan buang bayi..
kebanyakan pihak lelaki semua lari lepas tangan kan?
then perempuan la yang terpaksa terkontang-kanting tanggung semua seorang diri
tapi keluarga kita tak pernah buang kita macam tu je.
keluarga kita tak pernah lari lepas tangan.malah selalu support kita untuk terus hidup.
macam tu jugak kawan. kawan sejati sentiasa ada masa kita susah ataupun senang.
masa ni lah baru kita sedar,siapa yang lebih sayangkan kita..
so,berfikiran terbuka dan matanglah bila bercinta
jangan sisihkan keluarga dan rakan-rakan semata-mata sebab nak bersama si dia
bercinta,bercinta jugak.orang yang penting jangan dilupakan.
sekali-sekala,luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
jangan asyik berkepit dengan si dia sampai orang lain terasa hati.


conclusion is,nak bercinta memang mudah. tapi nak jaga hubungan cinta sampai syurga sangat susah
sikap dan tingkah laku harus dijaga supaya tak ada perasaan dendam dalam hati pasangan.
bersikap matang sangat penting dalam bercinta.jangan terlalu ikutkan hati sendiri.
                                  ikut rasa binasa,ikut hati mati! 
tanda-tanda di atas adalah berdasarkan pendapat dan pemerhatian aku sendiri
dan aku sendiri dalam proses belajar untuk menjadi matang dalam bercinta
sayang pada si dia tak pernah pudar walau dah jarang berhubung. :)
tak semestinya bila kita jarang berhubung,cinta terus hilang.kemon!berfikiran matanglah...haha



p/s : perghhh dah berkulat entri ni aku simpan dalam draft.akhirnya ada rezeki jugak publish.hee
ingat senang ke nak reka ayat panjang berjela macam treler ni?haha nak physco otak orang bukan senang tau! ceit poyo sudah~ thanks a lot sudi baca. peluk sikit!amboihhhh! XD


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...