Saturday 3 December 2011

KENAPA ALAM MISTIK SERING DIKAITKAN DENGAN ISLAM? PART 2

nak cerita pasal alam mistik ni sampai minggu depan pon tak habis rasanya
that's why aku terpaksa separatekan entry ni kepada dua part
kang korang menyampah pulak baca entri yang cecah tanah..haha
ok berbalik kepada persoalan aku dalam entri yang sebelum ni
kenapa 'benda tu' sering mengganggu orang yang kurang beramal dengan agama?
terutamanya perempuan yang lemah..
kenapa ek?kenapa tak kacau orang alim berserban?
humm memang ada segelintir alim ulama' boleh melihat makhluk halus
tapi adakah makhluk-makhluk halus yang berdepan dengan mereka
berani mengganggu mereka?lagi takut adalah kan?
sebabnya alim ulama' sangat berpegang kepada ajaran Al-quran
dan mereka lebih takutkan Allah berbanding takutkan makhluk halus
'benda tu' takut dan gerun bila berhadapan dengan orang yang takutkan Allah
tapi malangnya orang melayu zaman sekarang terbalik pulak
lebih takutkan hantu berbanding takutkan Allah




Secara sinis seorang sahabat berkata, “tidak ada hantu yang berkeliaran pada malam Jumaat.”
“Malam Jumaat, malam yang berkat. Esoknya, penghulu segala hari raya. Hari raya mingguan untuk umat Islam. Mungkin itu sebabnya,” balas saya.
“Bukan itu yang aku maksudkan,” katanya.
Saya senyum sambil bertanya kembali, “kenapa tiba-tiba kau bercakap tentang hantu?” tanya saya kembali.
Dia diam sebentar. Kemudian menyambung,  “semua hantu dah masuk dalam TV. Macam-macam hantu telah dimunculkan semula. Pemikiran orang kita kembali ke belakang,” ujarnya.
Saya senyum dengan sindirannya. Teringat kata guru penulisan saya, “ada tiga unsur yang menjadi bahan pelaris dalam media yang dikuasai oleh orang Melayu – seks, mistik atau misteri dan gosip. Benar, media cetak dan elektronik yang ada ketiga-tiga unsur ini akan mendapat sambutan.
“Aku bimbang, pemikiran anak-anak kita akan diracuni. Bukankah siapa kita lima tahun akan datang ditentukan dengan siapa kita bergaul dan oleh apa yang sering kita baca, tonton dan dengar? Kalau cerita-cerita hantu ini yang kerap mereka tonton dan baca, fikiran bawah sedar anak-anak kita akan terkebelakang!”
Saya diam. Memang ada kebenaran kata-katanya itu. Budak-budak sekarang jadi penakut tidak bertempat, hendak ke bilik air, hendak tidur, hendak bersendirian semua penakut. Apa tidaknya cerita-cerita hantu sarat dengan adegan hantu muncul tiba-tiba dari bawah katil,  dari sebalik pintu dan sebagainya.
*dipetik dari nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi
anak-anak kecil sekarang sangat cepat terpengaruh dengan unsur-unsur mistik yang dibawa dari media elektronik. samaada dari tv,radio,pawagam,cd dan sebagainya.
ibu bapa pula terlalu menerapkan nilai yang tidak sepatutnya kepada anak-anak
lebih menggembar-gemburkan cerita-cerita khurafat dan seram
hasilnya,anak-anak lebih takutkan hantu berbanding takutkan Allah.
sebab tu anak tidak akan berani berhadapan dengan makhluk halus ataupun syaitan
sepatutnya mereka perlu dididik untuk meminta perlindungan hanya dari Allah swt sejak dari kecil lagi

aku teringat suatu ketika dulu aku sering dingganggu ketika tidur
aku pasti ramai di antara korang yang tengah baca ni pun pernah mengalami peristiwa tu
terutamanya kaum hawa kan?
ada yang berpendapat jin yang mengganggu kita sewaktu kita tidur sebab kononnya jin tu dah lama memerhatikan kita
ada jugak berpendapat itu hanya gangguan syaitan laknatullah
tak kurang juga yang berpendapat itu hanya scientific disorder yang menyerang ketika tidur

tapi pengalaman yang aku lalui dulu bukanlah sekadar scientific disorder
aku percaya ia ada kena mengena dengan gangguan makhluk halus
baik dari syaitan mahupun dari makhluk Allah yang lain
macam yang aku nyatakan dalam entri yang lepas,aku sering dingganggu dulu
tapi bukanlah gangguan yang teruk sampai demam-demam seminggu
boleh dikatakan hampir setiap hari aku diganggu dalam tidur
aku nampak 'lembaga hitam' datang dekat ke arah aku waktu aku tengah tidur
dan yang peliknya mataku terbuka luas tetapi langsung tak boleh menggerakkan badan
puas aku cuba gerakkan sambil membaca ayat Al-quran tapi tak berjaya
akhirnya bila aku berjaya mengucap 'Allahuakhbar' dengan lantang,syaitan tadi terus lesap dari pandangan mata...fuhhh
pada sesiapa yang pernah kena mesti tau macam mana seksanya kan?
tiap malam aku lalui perkara yang sama..dan kalau aku tidur dengan kakak,kadang-kadang kitorang dingganggu bergilir-gilir pada satu malam..
gedik kan 'benda tu'..nak kacau gilir-gilir pulak.haha *korang pikir apa haa??*
dan yang paling teruk aku pernah kena waktu aku tidur berseorangan di tingkat atas.
waktu tu kakak tak balik rumah sebab dia ada rumah sewa sendiri.selalu juga aku ditinggalkan tidur berseorangan..cehh buat cerita sedih pulak!haha
tapi sebab dah biasa sangat tidur sorang-sorang.so rasa takut pun dah tak ada.alah bisa tegal biasa katakan
malam tu macam biasa aku kena hempap lagi dengan 'benda tu'
tapi kali ni super serious dahsyat!
aku dapat rasa seksa sangat-sangat nak berlawan dengan makhluk tu
aku dapat buka mata seluasnya tapi langsung tak dapat bergerak dan mengucap
dada rasa sakit yang amat sangat
aku nampak ada cahaya oren kemerah-merahan macam api dekat sekeliling badan aku
then aku dengar suara seorang lelaki thailand sedang membaca mantra sambil menggoncangkan loceng buddha dari atas badan aku sampai bawah kaki
suara tu sangat jelas kedengaran dekat telinga aku..memang kuat dia baca mantra tu cuma aku tak paham langsung sebab dalam bahasa thailand
kalau siapa yang pernah tengok cerita "ong bak" dan tau watak lelaki jahat berkerusi roda tu
mesti cam macam mana suara dia yang bercakap menggunakan alat dekat kerongkong
macam tu la suara lelaki yang mandram aku waktu tidur tu..sejibik kot!
seram jugak la sebab aku rasa panas gila satu badan
paling seksanya aku tak dapat buat apa-apa even ucap "Allahuakhbar" pon tak terkeluar
nak nagis pon ada jugak masa tu..tapi memang tak boleh buat apa
air mata pon tak mampu nak mengalir..haha sadisnya
ada la dalam lima minit aku terseksa..
then aku try jugak jerit "Allahuakhbar" dan mengucap sekuat hati.
akhirnya suara laki yang mandram tadi tu hilang..tapi still rasa panas satu badan.
dah sedar tu tak ada pulak aku rasa nak nangis sebab dah rasa lega gila.haha
then aku terus baca semua ayat pelindung yang aku tau sebelum sambung tidur balik
memang ambil masa jugak la nak tidur balik.mana tak nya,dah tak tenteram.takut kena lagi

pelawok!pelawok!pelawok!hantu kopek nok mari dah..

keesokan paginya aku cerita dekat mak aku pasal apa yang jadi malam tadi
aku akan cerita dekat orang bila aku rasa benda tu pelik je..
biasanya aku tak cerita sebab aku rasa fenomena aku kena himpit time tidur tu dah biasa sangat
mak aku selalu cakap jangan fikir bukan-bukan.
apa yang jadi time tidur tu cuma mainan syaitan yang saja nak uji kita kuat ke tak
mak aku selalu pesan 'just think positive' (cehh mama speaking pulok ke?)
"mengarut je semua tu..awak tak basuh kaki lah tu sebelum tidur.doa tidur dah baca ke belum?awak tu kan selalu terus tidur je bila dah letih sgt"
humm ntah la..mungkin juga aku selalu kena sebab tidur dalam keadaan yang terlalu letih
so aku tak pernah ambil serius pasal apa yang jadi dekat aku tiap malam
sampai la satu hari ni, kitorang satu kelas dok sebuk berkerumun dekat meja cikgu
cerita pasal pengalaman masing-masing kena kacau dengan hantu
cikgu ni agak pakar dalam bab ni,sebab suami dia boleh nampak 'benda tu'
so ada la tempias sikit kapakaran suami dia tu kot..haha
then aku bukak cerita pasal aku kena ganggu setiap kali aku tidur malam
aku cerita pasal laki thailand yang pelik tu
dorang terus ternganga dan terbeliak.."weyh,bahaya kot!kau tak takut ke?"
apa yang bahayanya?mak aku cakap mengarut je semua tu.mainan syaitan je kan
tapi cikgu aku tu cakap benda tu bukan boleh bawak main.bahaya!
fuhhh naik pulak bulu roma aku dengar bila cikgu dah cakap macam tu
then dia suruh aku tulis nama ber'binti'kan nama mak aku (contoh: peah binti kiah),
alamat rumah dengan tarikh lahir.sebab dia nak bagi semua detail aku dekat suami dia
esoknya,dia panggil aku jumpa dia..terror gile kot suami dia!
baca nama,alamat rumah dan tarikh lahir aku je terus dapat tau SEMUA pasal aku
time tu aku dah kecut perut.macam mana suami dia boleh tau semua pasal aku ni
nasib baik la aku masih dara..cehhh!haha itu yang aku takutkan time tu..
bukan nak pikir pasal gangguan misteri tu..agak ngokngek di situ
menurut suami cikgu tu,ada 'benda/jin' atau orang yang nak dekat aku
'benda tu' cuba nak masuk dalam badan aku tapi tak dapat sebab ada yang menghalang
cehh ada perisai power rangers ke?haha
then aku tanya lagi,apa benda pulak yang baik sangat tolong halang tu?soalan bengong.haha
"amalan awak la!"..owhh begitu..aku baru ingat ada bidadara atau pari-pari yang tolong halang..haha
tapi masih tak cukup amalan tu..sebab tu la makhluk tu still boleh kacau aku tiap malam
then suami cikgu pesan suruh aku baca 'ayat kursi,3 kull,dan surah yasin 1-9' setiap kali lepas solat maghrib
aku amalkan baca setiap hari tiap lepas solat fardhu sampai sekarang.
Alhamdullilah makin lama makin kurang kena ganggu..sekarang boleh dikatakan tak ada dah gangguan macam dulu lagi..
bersyukur sangat-sangat..
aku selalu muhasabah diri balik bila teringat pasal kejadian dulu
ada hikmahnya semua tu
aku selalu kena tegur pasal tajwid aku dalam mimpi..
macam-macam hantu dan syaitan muncul dalam mimpi suruh aku baca Al-quran dengan tajwid yang betul
seram kot!syaitan tegur kau pasal tajwid.tak ke meremang bulu roma kau?

pernah ada peristiwa time orientasi St John dekat sekolah aku dulu.
waktu night walk/operasi burung hantu,biasa la mesti ada yang kena histeria kan
espeially perempuan.then waktu tu yang kena kakak senior
semua ahli St John diminta membaca surah yaasin dekat tapak perhimpunan
dan ahli-ahli jawatankuasa pulak baca mengeremuni kakak tu dekat dalam dewan
masa tu semua tengah cuak,baca pon mesti la berterabur
pastu korang nak tau apa 'benda' dalam badan kakak tu cakap??
sambil terbeliakkan mata besar-besar ke arah semua ajk
"aku yang SYAITAN ni pon tau nak baca ayat quran dengan betul"pastu terus mengilai..
perghhh serious seram gila aku dengar!

sejak dengar cerita tu,and apa yang selalu jadi dalam mimpi aku,
aku akan sangat berhati-hati bila baca Quran
biarlah baca mengesot pon..janji tajwid betul.sebab aku tau 'benda tu' dengar
and boleh paham apa yang aku baca
kalau aku baca laju sekali pon tapi berterabur 'benda tu' tak akan lut
and tak takut langsung dengan ayat Quran tu
sebab tak bawak makna yang sebenar ayat tu..silap-silap kita baca bawak makna yang menyesatkan..nauzubillah

korang mesti tertanya-tanya aku ni asyik kena ganggu waktu tidur je.tak pernah nampak betul-betul ke?haha
pernah!banyak kali..tapi semuanya kelibat 'benda tu' je..tak pernah nampak dengan jelas pon
wuihh tak nak aku nampak dengan jelas..aku tak bersedia lagi!huhu mintak dijauhkan la
pernah satu malam ni aku baru lepas bergayut dalam bilik abang aku
masa tu pukul 12 lebih (pagi)
abang aku jarang sangat tidur dekat bilik dia sebab dia selalu tidur rumah kawan (ni sebelum dia kawen)
then aku gatal betul time tu,terniat dalam hati nak nampak apa-apa dekat tingkap
tapi lama gak aku saja perhati..tak ada pon
then bila aku toleh depan,pandang dekat cermin,jeng!jeng!jeng!
terus nampak kelibat putih berambut panjang
dia berjalan tak jejak tanah langsung!nampak jelas macam jalan pakai roller blade je.haha
time tu aku cuma pikir positif.mungkin cuma makcik yang sewa rumah dekat sebelah
tapi bila pikir balik tak mungkin..makcik tu agak gempal dan berambut pendek
kalau nak cakap anak dia pon tak mungkin.sebab dia ada sorang je anak lelaki.haha
aku terus masuk bilik aku time tu..kecut perut gak la
dah siapa suruh gatal sangat nak tengok..kan dah muncul!haha padan muka!

kalau nak cerita pasal semua pengalaman aku sampai bila pon tak habis entri ni..
berbuih mulut korang baca kang..haha
aku ada ramai juga kawan yang memang terbuka hijab untuk nampak 'benda tu'
kalo nak dibandingkan pengalaman dorang dengan aku,lagi dahsyat kot
dorang sangat kuat dan tabah!salute dekat dorang!

so kesimpulannya, pada yang selalu kena ganggu tu cuba muhasabah diri kita balik
setiap perkara yang berlaku ada sebab dan musababnya
cuba mantapkan lagi hubungan kita dengan Allah
aku bukan nak cakap yang hubungan aku dengan Allah dah mantap sekarang
cuma semakin baik berbanding dulu.korang jangan pikir yang aku ni liar pulak ek dulu.cepuk kang!
aku tutup aurat juga,pakai tudung semua,tapi mungkin dalaman aku masih tak kuat
dan sampai sekarang aku masih belajar untuk mantapkan akidah..insyaAllah
kalau semua orang dalam dunia ni mempunyai dalaman yang kuat,terutamanya kaum hawa,
insyaAllah syaitan dengan makhluk halus dah tak ada job..haha
jom semua!go go power rangers!!

chopp!belum habis..
bercerita pasal mohon perlindungan,tak salah untuk kita minta bantuan seseorang untuk menghalau 'benda tu'
tapi jangan bergantung seratus peratus padanya..bergantung dan berharap hanya pada Allah
jadikan orang yang ingin menolong tu hanya sebagai batu loncatan
dan ingat!jangan sesekali percaya bomoh atau minta bantuan bomoh!
itu semua sihir..carilah ustaz yang bertauliah dan boleh dipercayai..
di samping tu,kita sendiri yang kena berdoa pada Allah
insyaAllah semua masalah ada jalan penyelesaian..
wallahua'lam..aku cuma bagi pendapat je :)




p/s: akhirnya selesai juga entri cecah tanah kubur ni..seminggu dalam draft.haha
papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...