Friday 20 April 2012

WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK

Hayati kisah dibawah ini :)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Sunday 15 April 2012

PERKARA YANG MENGHODOHKAN WANITA

Pernahkah kita melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. Tetapi sayangnya, setelah kita mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan!
Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup.
Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beribu ringgit melabur supaya isteri berubah, tetapi tidak juga berhasil usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya.
Setiap wanita yang dilahirkan dalam keadaan sempurna jasmaninya, jangan berpuas hati dahulu sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari pandangan orang lain. Jika kita (wanita) memiliki tiga sifat berikut ini, baik berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari meninggalkan kita…

Saturday 14 April 2012

MATI ITU SATU KEPASTIAN

Assalamualaikum w.b.t...

dah lama tak update blog..
hummm first of all,mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat kawan lama saya
yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pagi tadi..
Al-Fatihah...

mungkin dah ramai yang tahu berita ni kan?
walaupun belum cukup lama mengenali beliau,kami pernah rapat sewaktu dibangku sekolah rendah dulu.
beliau sangat aktif dan happy go lucky..
ramai yang senang berkawan dengan beliau disebabkan sikap terbuka beliau.
beliau tak pernah lekang dengan senyuman dan usikan nakal.
tengahari tadi,log in je facebook terus terbaca news dari kawan
yang mengatakan Fazlina Kassim telah meninggal dunia..
Ya Allah,sungguh tak disangka..sangat terkejut dan sebak rasanya..
walaupun dah lama saya lost contact dengan beliau,
tetapi saya masih ingat kenangan sewaktu kami di sekolah rendah dulu.
siapa sangka di usia yang begitu muda,beliau pergi meninggalkan semuanya.pergi menghadap Ilahi.
langsung tak membawa petanda yang menunjukkan beliau akan pergi selamanya..
kematian yang sangat mengejut..
dah tentu ramai yang sedih dan terkejut dengan berita ni.
Faz,kalau kau tahu betapa ramai yang sayangkan kau dan doakan kebahagiaan kau 'disana',mesti kau tersenyum..
Ya Allah,Engkau cucurilah rahmat dan limpah kurnia-Mu ke atas roh kawan kami, Nor Fazlina Mohd Kassim
dan ringankanlah azab kubur beliau..tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman..Amiin..
dalam kenangan 8 April 1992 - 14 April 2012


p/s: kematian itu satu kepastian..
setiap manusia yang hidup pasti akan menghadap Ilahi..detiknya saja yang menjadi rahsia Allah s.w.t.
semoga kita yang masih bernyawa dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan sempat bertaubat..
wallahua'lam bissawab...

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

Saturday 7 April 2012

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

Salah satu cara menghargai diri ialah menghormati diri sendiri.
Kadang-kadang kita terlalu ikutkan hati dalam hidup ini untuk menjadi seseorang yang disenangi ramai. Dan tanpa sedar, sebenarnya kita hanya memenuhi keinginan orang ramai untuk berkawan dengan kita. Sedih? Ya. Sebab kita seakan tidak mengenal diri.
Ada masa, hati terusik dengan peribadi seseorang yang menarik hati. Mungkin itu petanda baik, kalau kita menjadikan seseorang yang baik itu sebagai contoh untuk kita membina peribadi yang lebih baik. Tapi, juga boleh menjadi suatu yang buruk jika kita terlalu obses dengannya. Kita akan kehilangan diri.
Menjadi diri sendiri, dengan menghargai diri.
Kamu Diciptakan, Dan Hanya Kamu
ALLAh Ta’ala menciptakan setiap seorang dari manusia itu mempunyai watak yang berbeza-beza. Hatta kembar yang lahir pada selang beberapa minit dan dari rahim yang sama, pasti berbeza perwatakan. Tinggal saja manusia selepas akil balighnya mencorakkan akhlak diri; sama ada baik dan buruk.
Kita ini, hiduplah sebagaimana yang diciptakan.
Setiap manusia memiliki corak dan warna diri. Dan hiduplah dengan corak dan warna itu. Serta sama-samalah pastikan agar corak dan warna diri itu selaras dengan kehendak Tuan Punya Dunia. Bila bercakap soal hidup dengan corak dan warna diri, bukan bererti kita yang sebelum ini kekal dengan sifat mazmumah. Bukan. Tapi kekallah dengan corak dan warna diri itu tapi dalam masa yang sama memperbaiki diri.
Umat manusia – dengan pelbagai ragam dan tabiat; laksana tumbuhan – tidak terhad hanya kepada warna hijau. Ada yang pendek dan panjang, ada yang masam dan manis. Dan tumbuhan itu tetap menjadi seperti itu.
Maka seharusnya begitulah kita sebagai umat manusia. Menerima diri dengan seadanya, menghiasi diri dengan garis panduan dari Ilahi, menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Jangan pernah mahu menjadi orang lain!
Kerana anda, akan sentiasa menjadi diri anda!
Menjadi dan menghargai diri sendiri itu sebenarnya,
perlaksanaan akan sebuah kesyukuran atas pemberian Sang Tuhan.


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

KESUSAHAN HIDUP TANDA KERINDUAN ALLAH

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Kesusahan hidup tanda Dia rindukan anda
Hidup dalam dunia yang penuh kemewahan dan semua yang ada di dalamnya berlumba-lumba pada hari ini sering menghanyutkan kita dengan seribu macam perkara. Hari-hari yang dilalui, dipenuhi dengan jadual dan aktiviti untuk mencapai yang dihajatkan oleh hati. Ingin mengejar itu dan ini.
Hati dan fikiran fokus kepada hal-hal dunia sehinggakan masa untuk kita berhubung mesra dengan ALLAh Ta’ala, berkhalwat dengan ALLAh Ta’ala sudah hampir tiada. Kalau ada pun, berapa ramaikah dari kita yang tergolong dari orang-orang yang sedaya upaya mencuri masanya untuk berhubungan ‘heart to Rabb’ dengan Dia?
Yang parahnya adalah, dalam 1 hari yang dilalui itu, ada manusia yang langsung tidak mengingati Tuhannya dek kesibukan yang mengikat diri. Dan ALLAh Ta’ala, punya cara yang tersendiri untuk menyedarkan! Dan hanya selepas itu, manusia yang tersedar.

KENAPA ADA DENGKI?

Hidup kita, apabila diberi nikmat bahagia oleh ALLAH SWT, kita pasti gembira. Syukur. Namun, seseorang di tempat lain, merasa dengki dengan kebahagiaan kita. Pendapat anda? Saya bukan bersangka buruk. Tapi ini adalah hakikat. Seperti salah satu entri saya sebelum ini, dengki pasti ada dimana-mana.
Di mana-mana. Di hati manusia.
Kita muhasabah diri sama-sama. Adakah diri kita salah seorang yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain? Dengki dengan kejayaan orang lain. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Pendek kata, dengki buruk dengan hidup orang lain.
Bagi anda, seronokkah perasaan sebegini? Jawapan saya, tidak.


CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...