Sunday 26 February 2012

KEISTIMEWAAN KAUM HAWA

19 Kelebihan kaum hawa


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Sunday 12 February 2012

BIARLAH CANTIK SEMULAJADI,BUKAN KERANA SOLEKAN

Pernahkah anda melihat keadaan seorang wanita yang biasa bersolek dengan make-up tebal, ketika dia tidak berkesempatan untuk bermekap sama sekali? Atau mungkin ketika dia sedang bersantai bersendirian tanpa mengenakan sebarang solekan, seperti ketika tampil di khalayak ramai?
Bagaimanakah perbezaan wajah diantara dua keadaan itu? Adakah terlalu banyak perbezaan seolah – olah kita sedang menatap dua wajah orang yang berbeza. Bukan menatap wajah orang yang sama, tetapi dua orang yang berbeza.




PEREMPUAN YANG LELAKI AKAN REJECT

Mata lelaki memang tak sah kalau tak jeling apatah lagi pandang lama kalau nampak perempuan lawa. Asal dahi licin sikit je mesti rasa macam nak terkam je...Aumm.....Yang perempuan pulak apabila rasa diri tu dipandang, apa lagi, makin kencanglah lengang lenggoknye...Macam nak dibawa drift je punggungnye tu. Tapi bukan semua perempuan cantik laki rasa nak terjah tau...Kat bawah ni antara jenis-jenis perempuan yang tak diimpikan lelaki:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...