Sunday 27 November 2011

KENAPA ALAM MISTIK SERING DIKAITKAN DENGAN ISLAM?

jam menunjukkan tepat pukul 12 pagi waktu itu..
jeng..jeng..jeng..
(bajet seram la buat intro macam ni?cehh!)
aku dan dua orang teman rapatku baru sahaja selesai bermain bola di padang
what?perempuan main bola??
weyh!aku serius!salah ke kitorang main bola?at least dapat sihatkan badan
the purpose why we use to play football late at night cause
there's no annoying boys those use field at that time and paling penting aman!hehe
ok aku bukan nak buat cerita seram bahawa ada hantu bermain bola bersama kami
tidak sama sekali!kitorang langsung tak rasa seram waktu main kat padang tu
kecuali rasa seram takut kena sound dengan guard sebab main dekat padang tengah malam buta.haha

Assalamualaikum..makcik datang ni nak jual karipap..anak nak beli? 

sampai sahaja di bilik,kitorang rasa malas sangat nak mandi
lagipun jam tepat pukul 12 pagi
rasa seram sejuk pulak nak mandi time tu
then tiba-tiba terbuka cerita pasal gym 'keras' dekat tingkat 8 mahallah kitorang
gym tu memang agak keras sebab berada agak hujung dari level 8
ahh senang cerita bukan gym tu je yang keras..
satu bangunan mahallah kitorang tu seram kot!
ok bukan kot..its real!
sejarah bangunan tu pada mulanya dihuni oleh mahasiswa.
tetapi disebabkan ada kes mahasiswi tergedik-gedik dengan mahasiswa dari mahallah sebelah
so terpaksa tukar dengan mahallah lelaki dari bangunan lain
kira switch la mahallah laki jadi perempuan punya and mahallah perempuan jadi lelaki punya

Friday 25 November 2011

ADA HATI NAK MASUK CONTEST..CEHH!

do vote me guys!really appreciate it 
terima kacih :D
this link :


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

Sunday 20 November 2011

10 KES PEMBUANGAN BAYI PALING BENGONG!

sejak ada anak buah ni,hidup family aku semakin berseri-seri..
tengah tak ada mood pon boleh jadi happy bila tengok si kecik Muhamad Irfan.
macam-macam karenah dia.hee
siapa yang tak suka baby kan?
orang tak normal je yang tak suka dapat baby
ok!cakap pasal orang tak normal yang tak suka baby...
diorang ni la perosak bangsa!
korang tau kan siapa mereka yang aku maksudkan?
iskkk3..dosa berzina pon belum terampun,dah buat dosa lain.
buang janin sendiri.bunuh satu nyawa yang sepatutnya layak melihat dunia..kejam!
bagi aku la baby comel tu!pergi buang buat apa bengong?
ramai yang berkahwin nak sangat anak
korang senang-senang buang macam buang lampin pakai buang je
yang tengah baca ni mesti tengah geram lettew kan?haha


“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim).


kalau tak rasa apa-apa tengok gambar-gambar ni..hmmm something wrong some where
jom tengok kes-kes buang bayi yang paling kejam pernah terjadi di negara kita ni..
bukan niat untuk mengaibkan mana-mana pihak,tapi untuk pedoman kita semua

PERKARA YANG ALLAH BENCI TERHADAP WANITA

 Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka"
namun ingatlah!


1.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

2. Perempuan yang memakai kain yang tipis/jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan kegairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

3.Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.

4.Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama karena merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah karena kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...


WANITA yang DIMURKAI OLEH ALLAH :

Saturday 12 November 2011

JANGAN CARI YANG SOLEHAH,JADILAH YANG SOLEH DAHULU

"Aku nak bakal isteri aku nanti perempuan yang baik-baik je..yang tak ditebuk tupai lagi..solehah..taat perintah suami..pandai masak..yg sopan santun..hormat orang tua..blablabla..."  Ini la selalunya dialog kaum lelaki yang semua orang sedia maklum..
Korang kaum laki mesti ada pemikiran macam ni kan?kan? Normal la tu.. Nak yang baik je... tapi diri sendiri tu belum baik lagi..nak orang perempuan sentiasa berubah ke arah kebaikan.. tapi korang sendiri tak pernah cuba memantapkan diri masing-masing dengan ilmu agama...
Ada yang lagi teruk..nak kahwin pilih yang dara je,tapi dia sendiri tebuk tak nak pulak bertanggungjawab.dah tebuk tin biarkan masuk angin.haha macam tu la kot perumpamaannya.

Sedangkan lelaki seharusnya mempunyai ilmu agama yang lebih dari isteri kerana lelaki lah yang akan menjadi ketua keluarga dan membimbing seluruh keluarganya.. jika ketua keluarga tak mempunyai ilmu yg cukup bagaimana mahu memimpin keluarga yang soleh, sakinah, dan barakah??


Tuesday 1 November 2011

ISTERI SEKSI..SUAMI BAHAGIA?

isteri aku hot weyh!kau ada?
dunia sekarang dah semakin parah
isu gejala sosial tak payah cakap,macam dah jadi trend je
pergi mana-mana mesti akan nampak remaja berso-sial
yang pakai pakaian menjolok biji mata la..macam-macam lagi la
eh lupa!bukan remaja je yang sebuk tayang body
bukan anak dara je yang sebuk jolok mata kaum lelaki yang memang dah sedia maklum gatei
yang dah tak dara pun nak jugak tayang body
maksud aku yang dah bergelar isteri..
remaja yang dah tak dara tu tak payah cakap
comfirm-comfirm memang seksi!
kalau tak macam mana boleh jadi tak dara sebelum nikah kan?
opssss sory kalau ada yang terasa

15 PELAMIN UNIK

sekarang ni musim orang da gatei nak kawen
ramai sangat pasangan yang tengah merancang
atau tengah menunggu detik-detik untuk menjadi raja sehari
so untuk pasangan yang masih lagi blur-blur ayam nak design pelamin yang macam mana,
ni haaa cuci mata korang tengok pelamin-pelamin unik ni..
mesti terus bergolek-golek idea masuk dalam kepala korang
aku tau korang suka benda yang unik je
yang simple-simple and busuk-busuk korang tak layan kan?cehhh

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...