Monday 12 December 2011

KALAU JODOH TAK KEMANA PART 4

CEMBURU TANDA SAYANG



Cemburu seringkali menghiasi perkawinan. Andaikan perkawinan tanpa cemburu rasanya lauk sayur tanpa perasa. Dengan kata lain cemburu adalah perisa perkawinan. Namun bila kecemburuan itu tidak terkawal, maka perkara itu akan menjadi masalah bagi suami atau isteri. Kerana, suami atau isteri bila cemburu terus akan membuatnya kelihatan jengkel.
Mereka selalu dihantui oleh perasaan takut, gelisah, bahkan boleh membuatkannya stress. Bila hal ini terjadi, maka kehidupan dalam perkawinan tidak akan tenteram dan bahagia. Kehidupan suami isteri akan tidak harmoni apabila salah satu pihak atau kedua-duanya  saling tidak percaya, tidak mengerti dan memahami,  saling tidak menghargai, dan saling tidak menerima.
Oleh kerana itu, penting bagi suami atau isteri untuk saling memahami pekerjaan atau tugasan masing-masing. Kerana ada kerja yang memerlukan kita  selalu berhubungan dengan banyak orang. Misalnya seorang PR (public relations) akan dituntut untuk berhubungan dengan semua orang. Dia harus melayani dan menerima tetamu syarikat dengan baik

Ada beberapa perihal cemburu yang perlu kita ketahui, iaitu:
1. Cemburu itu belum tentu suatu kebetulan,
Tetapi hanya menginginkan kerinduan untuk disayang.
Ini sering terjadi dalam masyarakat kita. Banyak isteri atau suami yang dicemburui merasa muak, lalu suami atau isteri tersebut mula untuk  marah-marah. Selalunya terjadi pertengkaran yang sengit diantara suami isteri. Akhirnya mereka hanya diam dan memendam. Hubungan suami isteri mula terasa dingin.
Tiada lagi gurau tawa. Padahal, jika diselidiki lebih jauh lagi, cemburu itu belum tentu wujud dari cemburu, tetapi pasangan suami isteri hanya rindu untuk disayang. Dia juga rindu untuk dibelai, disapa dengan kata-kata lembut dan manis.
Dengan demikian, kerinduan terhadap kasih sayang ini akan menimbulkan rasa cemburu. Apatah lagi jika pasangan suami isteri yang pada mulanya hangat, tetapi mendadak berubah hambar. Tentulah si isteri atau suami akan curiga, dengan kemungkinan adanya orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

2. Cemburu itu perlu, asalkan tidak buta.
Kerana cemburu itu wujud kasih sayang. Kerana cemburu yang berlebihan akan menimbulkan rasa tidak percaya pada pasangan. Pernahkah kita mendengar cemburu buta? Ertinya, cemburu yang tidak berdasarkan keadaan yang nyata. Asalkan ada sedikit isu, terus cemburu. Tanpa check atau recheck.
Nampaknya orang seperti itu mudah dipermainkan isu. Dengan kata lain, mereka hanya dipermainkan perasaannya, tiap waktu diumbang-ambingkan gelombang. Cemburu buta memang tidak berdasarkan data-data yang tepat.

3. Cemburu itu menghilangkan kepercayaan diri.
Jika suami atau isteri cemburu, sedikit sebanyak  dia telah kehilangan percaya akan dirinya. Sifatnya akan berubah menjadi kecemburuan yang luar biasa. Isteri atau suami menganggap dirinya merasa rendah apabila dibandingkan dengan si dia. Keadaan ini akan membuat suami atau isteri semakin tenggelam dalam kecemburuan.

4. Cemburu itu wujud perasaan takut kehilangan kasih sayang, cinta dan status.
Dalam hal ini, cemburu diisyaratkan sebagai ketakutan yang berlebihan. Cinta memang mempunyai kecenderungan untuk monogami sahaja. Ertinya, cinta itu enggan untuk dibahagi. Pembahagian cinta ibarat dengan penyelewengan. Mereka takut kehilangan yang paling berharga (suami/isteri/kekasih). Oleh kerana itu, wajar jika seseorang yang mempertahankan barang miliknya berupaya dengan segala cara dan upaya untuk tetap mempertahankannya.

5. Merasa senang dicemburui.
Bila suami atau isteri merasa senang dicemburui, itu bererti pertanda protes. Dia ingin menunjukkan bahawa dirinya mempunyai kelebihan. Tingkahlaku yang ditampilkannya merupakan untuk mencari perhatian dari suami atau isteri.
Dari semua jenis cemburu di atas, dapat dikesimpulan bahawa cemburu adalah salah satu ranjau perkahwinan. Cemburu adalah perkara normal pada setiap orang, selama cemburu itu masih dalam batas-batas yang wajar dan rasional.
Cemburu dapat juga meningkatkan kualiti perkawinan, sehingga hubungan suami isteri semakin hangat dan mesra. Justeru itu, akan pelik bila suami atau isteri tidak mempunyai perasaan cemburu apabila melihat suami atau isetri dekat dengan seseorang.
Itu bererti rasa cinta dan rasa memiliki dari suami atau isteri berkurangan, dan  ini yang akan merosakan ikatan perkawinan. Dan yang terpenting, bagaimana kita mengolah cemburu itu jadi tenaga yang dapat memajukan perkawinan, bukan sebaliknya. Cemburu masih diperlukan, asalkan bertujuan untuk memupuk kasih sayang.


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...