Tuesday 27 December 2011

PERMUSUHAN SYAITAN TERHADAP MANUSIA

Sebenarnya tujuan syaitan yang sebenar adalah bagi menyesatkan umat manusia.
medan peperangan antara manusia dengan syaitan adalah dibumi.di mana tempat kita tinggal sekarang.
antara kaedah utama yang syaitan terapkan ialah menghiaskan maksiat sebagai perkara baik, perkara yang buruk menjadi elok dan sebagainya.
syaitan tidak akan menunggu lama untuk berperang dengan manusia, bahkan seawal lahirnya seorang bayi lagi ia sudah menyerang.
tidak ada perdamaian walaupun sedikit masa.
kemungkinan itulah antara sebab bayi menangis.wallahua'lam ;

"Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan syaitan menusuknya lalu ia menjerit dan meraung kecuali Isa anak Maryam dan ibunya." (Riwayat Muslim)

oleh sebab itu,kita dikehandaki mengazankan bayi yang baru lahir di telinganya
sebagai satu langkah awal melindungi bayi tersebut dari godaan dan hasutan syaitan.
para bapa,azankan la anak anda sebaik saja dia lahir 


eh muka macam anak buah aku pulok..haha


WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA


HOHOHO!Horlicks.....
bapak seram!nasib baik la kita tak boleh melihat rupa syaitan yang sebenar..

Syaitan akan cuba merosakkan akidah atau tauhid yang benar.
inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran. 
sebagai contoh yang sering diceritakan dalam hadis bahawa syaitan sering menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya?
akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan akan menimbulkan persoalan tentang siapakah yang menciptakan Tuhanmu? (tengok,licik sungguh syaitan menimbulkan perasaan ragu-ragu terhadap manusia.) Oleh itu, Nabi s.a.w. menasihatkan agar sentiasa memohon perlindungan kepada Allah supaya terpelihara iman. [Mafhum hadis Riwayat Bukhari].

Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan.
inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi menunaikan solat subuh. Namun apabila jaga dan menyebut nama Allah, maka terputuslah satu tali. Apabila berwuduk maka putuslah tali kedua dan apabila bersolat, maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia bersemangat dan segar.[Mafhum hadis Riwayat Bukhari].
Oleh itu,apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah.Kemudian segera berwuduk dan menunaikan solat.

Syaitan berhasrat agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajjud dan solat Subuh pada waktunya.
beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalang tiga ikatan jahat syaitan :

1. berwuduk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah seperti wuduk solat."

2. membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya." (Riwayat Bukhari)


3. membaca ayat Kursi.

4. boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.

Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Itulah yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya." (Riwayat Muslim)

makna kencing yang disebut boleh difahami secara zahir ataupun membawa makna bahawa syaitan telah menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.

Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri 
ia bertujuan bagi menjadikan manusia berada dalam kesedihan. Seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi kepalanya telah dipukul. Lalu Rasulullah s.a.w. menasihati dengan sabdanya:
"Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan permainan syaitan kepadamu dalam tidurmu."
(Riwayat Muslim)


Syaitan ketawa apabila seseorang menguap kerana ia tanda kemalasan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Adapun menguap maka ia dari syaitan maka tolaklah ia semampunya." (Riwayat Muslim)

sebenarnya syaitan mungkin masuk ke dalam badan menusia ketika menguap dengan mulut yang terbuka. Sabda Rasulullah :
"Apabila seseorang kamu menguap maka letakkanlah tangannya atas mulutnya kerana syaitan akan masuk." (Riwayat Muslim)


Syaitan juga bertenggek di atas batang hidung setiap manusia.
sebab itu digalakkan membersih hidung kerana diriwayatkan sabda Nabi :
"Apabila seseorang kamu bangun daripada tidur maka bersihkanlah hidungnya tiga kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya."

membersihkan hidung yang dimaksudkan bukanlah bangun pagi korek hidung ye..euwww!haha maksudnya membersikan hidung dengan berwuduk.

Syaitan mewas-waskan manusia.
asalnya syaitan ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang Mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was-was dalam hatinya. Walau bagaimanapun penyakit was-was perlu diubati kerana ia berpunca dari syaitan laknatullah.

Was-was yang paling utama ialah ketika solat.
seorang sahabat mengadu masalah ini kepada Rasulullah s.a.w. dan sabda Baginda:
"Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab.Apabila kamu merasainya maka berlindunglah kepada Allah dan ludahlah di sebelah kirimu sebanyak tiga kali." (Riwayat Muslim)

jangan ludah betul-betul pulak.nanti kotor sejadah.haha sekadar 'signal' meludah sahaja.

biasa juga syaitan mengkhayalkan seseorang dalam solat. Contohnya dia mencari sesuatu benda seperti kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia teringat di mana kunci itu berada. Oleh itu, dia akan terfikir macam mana kunci itu boleh berada di situ dengan mengimbas semula keadaan.Akhirnya dia tidak dapat khusyuk dalam solat. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk bersolat, syaitan akan datang kepadanya lalu mewas-waskannya hingga dia tidak sedari berapa rakaat yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati berlaku yang demikian maka sujudlah dua kali sujud dalam keadaan duduk." (riwayat Muslim).



Lupa juga berpunca daripada syaitan. 
Firman Allah s.w.t. menceritakan kalam sahabat Nabi Musa a.s :
"Dan tidaklah membuat aku lupa melainkan syaitan." (Surah Al-Kahfi : 63)

begitu juga ingatan Nabi Yusuf kepada teman penjaranya agar menyebut kisahnya kepada raja namun dia terlupa. Firman Allah:
"Dan Yusuf berkata kepada salah seorang temannya yang disangkanya akan keluar dari penjara agar menyebutnya kepada rajanya lalu syaitan telah melupakannya." (Surah  Yusuf : 42)

akhirnya,tujuan utama syaitan ialah agar kita lupa kepada Allah s.w.t. Firman Allah :
"Syaitan meguasai atas mereka lalu syaitan melupakan mereka daripada mengingati Allah."
(Surah Al-Mujadalah : 19)

Syaitan juga berusaha agar umat Islam sentiasa berada dalam permusuhan dan persengketaan sesama sendiri. Sabda Nabi s.a.w. :
"Sesungguhnya syaitan telah putus asa agar manusia beriman menyembahnya di tanah Arab tetapi masih mampu mewujudkan persengketaan sesama mereka." (Riwayat Muslim)

maka, setiap Muslim dilarang membuat apa-apa tindakan yang boleh menyalakan api permusuhan seperti mengacukan senjata kepada Muslim yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Janganlah seseorang kamu mengacukan kepada saudaranya dengan senjata. kemungkinan dia tidak menyedari bahawa syaitan akan menarik tangannya lalu dia terjatuh dalam lubang neraka. " (Riwayat Bukhari)


adik-adik,jangan main lawan pedang ye!bahaya!hihi...

Syaitan sentiasa bekerja bagi menyesatkan manusia.
apa yang dinyatakan di atas ini hanya sekadar beberapa peranan syaitan sahaja. lebih umum apa yang digambarkan dalam satu hadis:
"Apabila pagi menjelma, Iblis akan menghantar tenteranya di bumi lalu bertitah : 'Sesiapa yang berjaya menyesatkan orang Muslim, aku pakaikan kepadanya mahkota.' Selepas itu ada yang berkata: 'Aku sentiasa bersama fulan sehinggalah dia menceraikan isterinya.' Ada yang berkata: 'Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia berzina.' Ada yang berkata: 'Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia minum arak.' Ada yang berkata: 'Aku sentiasa bersama fulan higgalah dia membunuh'....." (Riwayat Ahmad)  


Syaitan mempunyai pelbagai muslihat untuk menyesatkan manusia.hanya yang benar-benar teguh imannya yang dapat melawan..
Nauzubillahiminzalik...semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan terpelihara iman..InsyaAllah :)

p/s: masa aku tengah gigih menaip entri ni mata rasa berat sangat dan banyak kali menguap..see!salah satu cara syaitan menghalang aku dari menyebarkan ilmu kepada korang semua..nyah kau syaitan!!aku akan tetap menyebarkan ilmu Islam walau sekecil zarah sekalipun..ececeh~ InsyaAllah


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...