Saturday 17 December 2011

CINTA DAN SOLAT

Tak sah bercinta tanpa air mata.hati tak terasa kalau tak ada perasaan cinta.
that's why bila kekasih kita berada jauh daripada kita
atau menjaukan diri,kita mesti rasa sangat sedih kan?
tak kisahlah sama ada rindu ataupun sakit hati sebab kekasih berada jauh.
jarang sangat ada orang yang bercinta tapi tak pernah merana
sebab tu lah orang yang bercinta dikatakan jiwang sebab perasaannya sentiasa tersentuh

ada jugak orang yang tak bercinta tetapi merana
merana sebab masih belum berjumpa dengan orang yang ingin mencintainya
diri mahu dicintai tapi belum ada yang sudi ataupun tak sesuai dengan kehendak
hidup terasa hambar tanpa cinta
masalah dalam percintaan membuatkan kita kadang kala tersasar dari landasan..(cehhh ayat)
tetapi sebelum meraih cinta insan yang lain,haruslah meraih cinta Pencipta kita dulu
setiap msalah ada jalan penyelesaiannya.
termasuklah masalah cinta
macam mana ye nak mengubat hati yang lara akibat cinta?

Islam agama yang syumul atau sempurna.
Allah menciptakan pelbagai penawar kepada penyakit dan derita yang ditanggung oleh hamba-Nya.
melalui al-quran dan sunah,kita diajar pelbagai jenis solat yang mapu mengubat duka dan resah
orang Islam mengetahui solat adalah amalan penting yang menghubungkan kita dengan Allah
segala kehendak,keinginan,doa dan bimbingan boleh dipohon melalui solat.
sebab tu lah Allah menciptakan pelbagai jenis solat supaya kita tidak jemu memohon
dan mengharap kebaikan,kerahmatan,kejayaan dan keampunan daripada-Nya.

SITUASI 1: BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN JODOH YANG DIHAJATI?

SOLAT HAJAT
mesti ada antara korang yang suka seseorang tapi malu nak luahkan.
tak tahu macam mana nak memenangi hati seseorang
ada yang malu dikata perigi cari timba.
tak tahu nak buat apa..kenapa tak minta daripada Allah s.w.t.?
Dia yang menciptakan perasaan sayang dan cinta tu..
solat hajat dicipta supaya umat Islam yang berhajatkan sesuatu memohon kepada Allah s.w.t.
pohonlah cinta dan bantuan dari-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang pada bila-bila masa je
Allah menciptakan pelbagai jenis cinta.dan cinta yang terbaik adalah yang diredhai-Nya.
cinta yang dijaga batas-batas pergaulan dan akhlak 
serta ditunjangi keimanan dan ketakwaan yang tiggi kepada Allah.
tunaikanlah solat hajat dua rakaat sekerap yang mungkin 
dan jangan berputus asa ketika memohon kepada-Nya.

DOA SOLAT HAJAT
Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mulia.Maha Suci Tuhan yang memiliki 'Arsy yang Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Aku meminta kepada-Mu datangkan rahmat-Mu dan kesempurnaan keampunan-Mu, merebut setiap kebajikan dan terpelihara daripada sekalian dosa. Tidak lagi Engkau tinggalkan bagiku dosa, melainkan Engkau ampunkan semuanya. Dan tidak pula kesempitan malahan Engkau lapangkan. Dan tidak pula ada sesuatu hajat, melainkan mendapat keredhaan-Mu, malahan Engkau sampaikan Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang Pengasih dan Penyayang.


SITUASI 2: BAGAIMANA MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT?

SOLAT ISTIKHARAH
lain pula halnya dengan yang dah ada calon atau kekasih hati
kadang-kadang kita tertanya-tanya adakah si dia pilihan yang terbaik?
sama jugalah dengan orang yang berlebih-lebih calon. ataupun terlalu ramai peminat (untung laa)
mereka yang mempunyai personaliti menarik mesti berasa dilema mahu memilih pasangan hidup
untuk memilih antara gadis atau jejaka yang diminati,
yang mana terbaik supaya tidak salah membuat keputusan yang bakal menentukan perjalanan hidup kelak
dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari, 
Nabi Muhammad mengajarkan solat istikharah yang bertujuan nemohon hal yang lebih baik dalam segala urusan.
sembahyang istikharah ialah sembahyang sunat dua rakaat 
yang dilakukan bagi membantu membuat pilihan terbaik ketika berhajatkan sesuatu
lakukan solat ini sekerap mungkin sehingga kita yakin dengan pilihan hati

DOA SOLAT ISTIKHARAH
Ya Allah,sesungguhnya aku berharap dapat memilih sesuatu dengan pengetahuan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan sesuatu dan tiadalah dapat aku sendiri menetapkannya. Maka oleh sebab itulah aku memohon kepada-Mu dengan kelebihan Engkau yang Maha Besar dan Maha Mengetahui segala yang tersembunyi sedang aku tidak mengetahuinya. Ya Allah, jika dalam pengetahuan-Mu pekerjaan yang hendak ku lakukan itu baik bagi ku untuk urusan agama ku dan urusan hidup ku serta berkesudahan dengan baik maka takdirkanlah ia serta permudahkan ia kepadaku serta berkatilah ia untukku. Sebaliknya jika dalam pengetahuan-Mu pekerjaan ini mendatangkan keburukan bagi ku pada urusan agamaku dan urusan hidupku serta buruk pula kesudahannya maka aku bermohon supaya Engkau jauhkannya daripadaku dan takdirkanlah bagi ku hanya kebaikan sahaja walaupun di mana aku berada kemudian redhailah pekerjaan yang hendak aku lakukan ini.




SITUASA 3: MENYESALI KETERLANJURAN YANG DILAKUKAN

SOLAT TAUBAT
solat taubat adalah salah satu jalan untuk kembali ke pangkal jalan.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Dia mencintai hamba-Nya yang sudi bertaubat dan menyucikan diri.
Solat sunat taubat merupakan suatu tuntutan.
Jika kita bertaubat, ini bererti kita telah menyesali kesalahan dan dosa yang dilakukan.
Setelah bertaubat dan memohon keampunan dari-Nya,
kita tidak boleh mengulangi kesalahan tersebut.
Kita harus berubah menjadi lebih baik setelah bertaubat.

DOA SOLAT TAUBAT
Aku memohon ampun kepada-Mu Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang terus hidup dan selalu jaga. Aku mohon taubat kepada-Mu sebagai taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat ataupun manfaat untuk mati ataupun hidup mahupun bangkit nanti. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam ketentuan serta janji-Mu sedapat mungkin aku lakukan. Aku mohon perlindungan kepada-Mu dari segala kejahatan yang Engkau ciptakan. Aku mengakui nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku mengakui dosaku,oleh itu berilah keampunan kepadaku, sebab tiada yang dapat memberi pengampunan kecuali Engkau. Aku memohon perlindungan dari segala kejahatan yang aku lakukan.


SITUASI 4: MEMOHON KEKUATAN DAN KETABAHAN

SOLAT TAHAJUD
Orang yang bercinta tidak seharusnya jauh dari solat tahajud.
Ini kerana kita diciptakan untuk mencintai Allah s.w.t.
Adam dan Hawa tercipta sebagai manusia yang pertama menikmati cinta.
Siapa yang menganugerahkan cinta di hati mereka? sudah tentu Allah s.w.t.
kita adalah kembara menuju kepada-Nya, kita dalam perjalan 'pulang' ke tempat asal manusia iaitu syurga.
Maka salah satu tiket untuk beroleh cinta hakiki di syurga adalah melalui solat tahajud.
Jika ingin memahami hakikat hidup yang sebenar, hampirkanlah diri dengan pencipta segala cinta.
sedar atau tidak, kecintaan kepada dunia menjadikan manusia semakin jauh kepada Penciptanya.
bangkitlah daripada tidur, bukalah mata dan persiapkan diri untuk kembali ke pangkuan-Nya.
ingatlah bahawa janji-janji Allah adalah benar, hari kiamat adalah benar,
syurga dan neraka adalah benar dan pertemuan dengan Allah adalah benar.

DOA SOLAT TAHAJUD
Ya Allah, bagi-Mu segala pujian. Engkau Pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Bagi-Mu segala pujian, Engkau Pemilik langit dan bumi dan segala isinya. Bagi-Mu segala pujian, Engkau haq, janji-Mu itu haq, pertemuan dengan-Mu haq, firman-Mu itu haq, syurga-Mu itu haq, neraka itu haq, para nabi itu haq, Muhammad itu haq dan hari kiamat itu pun haq. Ya Allah. kepada-Mu aku menyerah, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku bertahkim. Maka ampunilah dosaku, baik yang lalu mahupun yang jelas ataupun yang Engkau lebih mengetahuinya. Engkau Yang Awal dan Yang Akhir. Tiada Tuhan selain Engkau.


Kita harus menyedari bahawa cinta kepada makhluk bukanlah segala-galanya.
Namun ramai yang beranggapan cinta hanya kepada sesama makhluk terutama dengan berlainan jantina. Pandangan kita tertutup dengan keindahan dunia yang sementara,
maka cinta manusia juga yang didamba. Hakikatnya cinta bukan hanya satu.
kita bebas untuk memilih dan memiliki pelbagai jenis cinta.
kita juga tidak seharusnya memisahkan solat daripada cinta.
kerana melalui solat kita akan beroleh cinta sebenar..Wallahua'lam :)
papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...