Tuesday, 1 November 2011

ISTERI SEKSI..SUAMI BAHAGIA?

isteri aku hot weyh!kau ada?
dunia sekarang dah semakin parah
isu gejala sosial tak payah cakap,macam dah jadi trend je
pergi mana-mana mesti akan nampak remaja berso-sial
yang pakai pakaian menjolok biji mata la..macam-macam lagi la
eh lupa!bukan remaja je yang sebuk tayang body
bukan anak dara je yang sebuk jolok mata kaum lelaki yang memang dah sedia maklum gatei
yang dah tak dara pun nak jugak tayang body
maksud aku yang dah bergelar isteri..
remaja yang dah tak dara tu tak payah cakap
comfirm-comfirm memang seksi!
kalau tak macam mana boleh jadi tak dara sebelum nikah kan?
opssss sory kalau ada yang terasa

aku memang tak heran la dengan remaja-remaja perempuan yang suka berpakaian seksi
dah memang naluri keremajaan tu kadang-kadang membuatkan dorang hilang arah tuju
lagipun remaja ni sukar dikawal..
nasihat mak bapak pun dah tak dihiraukan
maklumlah dah 'besar'...
"x cool lew derr umur da 14 tawun still dok bawah ketyak mak agiew.gua nak clubbing kew,minum arak kew,pecah dara kew sukew atiew kepala gua lew!" *contoh je
Astaghfirullahalazim....

tapi yang aku pelik bin musykilnya....
isteri orang yang kadang-kadang dah tua kerepot pun sebuk dok tayang body
kalau lawa tak apa juga
ni tak..ada yang siap tayang body spare part berlipat-lipat kat perut tu
isk3!tak malu ke bedah oi?
awak tu dah jadi isteri orang
bawak-bawak la mengucap sikit
kalau ye pun nak seksi tunjuk depan suami cukup la
laki lain tak perlu tengok pun..

yang si suami pun 'pandai' sangat biar isteri dorang telanjang depan lelaki lain kenapa?
aduh...isteri sendiri,pandailah jaga..
kan dah tak special kalau tubuh isteri yang cantik molek dah jadi santapan orang lain
free-free laki lain dapat merasa.walaupun tak dapat sentuh tapi dorang dapat tengok 'free show'
hey kaum perempuan!otak lelaki ni ingat suci sangat ke?
lelaki ni walaupun tengok perempuan pakai telekung,dah boleh imagine macam-macam
mesti korang pelik kan?apa lah yang lelaki pikir.tak kan pakai telekung pun dah cakap seksi?
seeee..lelaki bukan boleh percaya..otak 'lucas podolski'
tak kisah la yang alim ke tak..dah nama lelaki mesti ada pikir pasal tu
apalagi kalau da terang-terangan nampak 'mangsa' depan mata
tak kan tak cuci mata kot?rugi beb!

kadang-kadang aku rasa macam nak sound je suami-suami yang biarkan isteri dorang seksi di khalayak ramai
encik-encik semua tak jelous ke laki lain pandang isteri encik dengan pandangan yang menggairahkan?
ke encik-encik semua bangga dan bahagia kerana mempunyai isteri yang sangat cantik dan seksi?
ke encik-encik tak takut akan dosa yang encik-encik tanggung kerana tidak mendidik isteri menutup aurat?

ni pakai baju ke pakai selimut??

wahai kaum adam yang sudah bergelar suami...
tolonglah salutkan tubuh isteri anda dengan baju yang cukup kain
bukan hanya menyelimutkan dia dengan kain perca




tubuh seorang isteri hanya layak dilihat oleh seorang lelaki yang bergelar suami
kan lebih sweet tu.baru terasa betapa specialnya jadi suami
isteri kita,kita sorang je yang dapat lihat kecantikannya
secara tidak langsung dapat mengelak isteri curang dan perceraian kan?
islam itu indah..Allah tidak sewenang-wenangnya membuat hukum tanpa sebab dan hikmah
setiap yang dilarang ada sebab dan musababnya :)
Wallahua'lam

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi
Reactions:

2 comments:

Zee.Zee™ said... BALAS KOMEN

hahahaha!!
terbaik laa! :D

silah said... BALAS KOMEN

haha entry kali ni macam terpedas sket :D

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...