Friday 10 June 2011

SUKA VS CINTA

ramai yg xtau apa senanye beza dua perkataan ni.
kalau ada laki ckp 'saya suka kat awak,awak cantik n blablabla..'
start la pompuan 2 nk pasan yg laki 2 tangkap cintan kt dia.
ok2 mmg la kadang2 laki gunakan perkataan 'suka' utk meluahkan perasaan kt pompuan.
tapi tau x tahap mana 'suka' dorang 2?
standard la 2 pompuan cantik ramai laki suka.aku yg pompuan ni pon suka apa tgk pompuan cantik.
tapi berapa ramai je antara laki2 yg suka 2 btol2 tangkap cintan?berapa ramai je yg pilih pompuan 2 sebagai 'cinta mati' dia?last2 dalam berpuluh-puluh or beratus-ratus 2 tinggal sorg je yg btol2 tangkap cinta ngn pompuan 2.which means lelaki yg sanggup bersabar n layan setiap karenah pompuan 2.n yg paling penting, terima semua kelemahan pompuan 2.bukan takat tengok body n muka je.patu,habis madu sepah dibuang..
so jom baca apa takrif sebenar CINTA,SAYANG,SUKA n MINAT :)







CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin xnak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.xkesah la kita tgh buat apa pon time 2,mesti nk tau keadaan dia.dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.selalu kita rindu.Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya.

SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.biasanya orang yg kita sayang adalah kawan baik kita.

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. orang yg boleh memberi kegembiraan kepada kita tetapi bukan kebahagiaan.

MINAT - Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan…lebih kepada first sight or first impression.minat akan berubah menjadi cinta atau benci jika dapat mengenali orang itu lebih lama.


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan

berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


*aik?tetibe masuk gambar artis ni..haha cantik sgt la dia pakai tudung!*

dari MINAT,SUKA dan SAYANG akan lahir rasa RINDU seterusnya mewujudkan perasaan CINTA :)



papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...