Sunday 15 May 2011

KAUM PEREMPUAN,AWAS! KITA SERING DALAM KEADAAN BAHAYA..

MasyaAllah..semakin hari ade je berita2 n kes2 yg xsedap didengar..
gerun pon ada..huhu
kalo tade cter psl rogol,kua la cter psl culik,rompak,ragut,bunuh..
mcm2 kes agi la yg melibatkn kaum perempuan.
then skang yg plg terbaru kes simbah asid..
perempuan gak target utamanya..
haisshh ape la nk jd zaman skang ni kn?
dunia da makin maju..
tp rakyat makin mundur..
ade je kes jenayah sne sini
dok celah mne pon ase xselamat..huhu


kes plg hangat skang kes simbah asid 2 la
mmg hot gler cter 2..
sbb targetnye xkira kt mne n xkira sape,asalkan pompuan..
kalo dorg nmpk pondan lalu n dorg pkir pompuan
maybe kne gak kot pondan 2..haha
aku ni bkn la update sgt pon ngn isu semasa ni..
tp kalo bab2 berita gempak yg da tersebar ni
aku mmg cpt tangkap..
bese la..gosip2 ni mmg pompuan ske sgt nk jga tepi kain.
ape agi da melibatkn kain sendiri..xgitu peah?hehe



menurut sumber yg bley dipercayai,
suspek 2 org, berumur lingkungan 20-an hingga 30-an dan bermisai nipis..
korang mst da terbayang muke dorg ensem abes kn?
macho gitu la konon.haha
hampeh..xpayah nk berangan la.
kalo da penyangak 2,ensem mne pon jd burok gak
dorg berkulit gelap..n agak toye sket muke dorg.haha
*sory aku bkn ngumpat.tp nk describe muke dorg je supaya korg lebey berhati-hati*
dorg bermotosikal..dorg wat aktiviti mse lapang or hobi bangang dorg ni pkai motor la
setakat ni da 23 org mangsa yg kne..
insyaAllah la sume mangsa 2 pompuan.tatau la kalo dorg ade silap target ke ape.haha
suspek ni target mangsa yg kebanyaknnye melayu
tertumpu dkt area Dang Wangi,Sentul,Brickfields n Wangsa Maju..


"Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka."
-informasi dicilok drpd blog len :)


yg plg terbaru mangsa yg ke-23,anak polis..
kne simbah sewaktu memandu kereta..
mangsa bkk tingkap kereta then si penyangak ni pon tgk line clear,
die simbah la ke arah mangsa smbil menunggang motor..
patu berambus camtu je..sket ati kn?
kejadian sblm 2 plak terjadi kt seorang wanita berusia 30 thun..
die berehat ngn anak pompuan die umur setahun kt persiaran titiwangsa..
then suspek simbah cecair kt muka mangsa dlm pkul 3 ptg dihadapan umah mangsa..
antara kes laen yg sy bce dr sumber yg bley dipercayai:

Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.
“Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.
“Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

sket ati kn bce?kalo jd kt kte sendri or family kte, korg sket ati x?
ase mcm nk sepak2 je muke toye suspek 2..
slamber badak je simbah asid kt anak dara or bini org patu bla camtu je

ni la lakaran muka suspek..
ade yg ckp suspek ni xwaras..
mcm2 andaian la org wat psl die ni..
ade yg wat andaian die ni pnh terluka sbb pompuan
then die nk bls dendam kt kaum pompuan.
ade plak yg ckp die ni wat cam2 sbb sedar muke die xhensem
patu die simbah kt pompuan sbb tade sorg pompuan pon nk kt die..haha
mcm2 la org ckp psl suspek ni..
tp smpi skang tade sape yg tau ape motif sebenar dorg wat hobi bangang ni.

ape2 pon,berhati-hatilah semua..terutamanya kaum wanita..
sentiasa ambil langkah berjaga-jaga n kalo bley jgn jln sorg2!
berjalan dgn teman or lelaki yg bley melindungi kita..
*bkn bf semata-mata.tp ayah or abang*
yg plg penting,sentiasa minta perlindungan dr Tuhan..
Dia yg Maha Melindungi dr segala musibah..

"orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999."

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

2 comments:

Aunty P :) said... BALAS KOMEN

eee takot giler !
naseb baek time I praktikal dulu takde lagi kes ni . kalo tak , tak tawu la . sebab I slalu jalan sesorang kat area pwtc tuh .

silah said... BALAS KOMEN

humm 2 la bhye jln sorg2 ni senanye..nk2 agi aunty p ni da la cun orgnye..
tape la yg pntg mntk perlindungan dr Allah kn? :)

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...