Sunday 24 April 2011

LELAKI OH LELAKI

amboi gatei noh hang cter psl laki ye silah?haha eh2 chop!mne de gatal la..ni info.. memandangkn da byk lelaki2 di luar sne yg bce blog aku ni so ape slhnye share info utk dorg kn? ala agipon pompuan skang ske sgt nk tau psl laki.. jujur jela kn?korg 2 mmg gatei..haha asek cter psl ladies je bosan gak.. nah korg bce la info kt bawah ni..bley tmbh pengetahuan :) *jgn slh phm,bkn info seks ye!*

  • Hanya lelaki tulen shj tau hakikat yg dia dijadikn sbg lelaki. Oleh itu,dia akn bersifat sbg lelaki dan tdk melakukn sebarang perkara yg boleh membuatnya terkeluar dr kategori lelaki.
  • Ketika lelaki tdk melakukn sebarang aktiviti, otak mereka lebih byk berfungsi di daerah limbic temporal. Kawasan ini mengatur emosi yg berhubung kait dgn tindakan. kecenderungan yg terjadi ialah suka memukul ketika marah.
  • Basikal seorang budak lelaki mesti mempunyai palang di tengah-tengah.
  • Lebih byk lemak terkumpul di bahagian perut berbanding wanita pd punggung.(sebab tu perut lelaki kedepan. XD )
  • Lelaki lebih suka berbicara apabila ada tujuan yg jelas.
  • Kemampuan pancaindera lelaki utk mengecap rasa masam,masin,manis dan pahit lebih rendah drpd wanita.
  • Lelaki adalah dua kali ganda lebih mudah terjebak dgn hubungan luar nikah berbanding perempuan.
  • Lelaki lebih pendek umur drpd perempuan.
  • Tahap degupan jantung lelaki lebih longgar 25 peratus berbanding perempuan yg lebih kuat dlm lingkungan umur yg sama iaitu 18-70 tahun.
  • 33% shj lelaki tdk mempunyai kekasih.
  • 37% drpd lelaki suka bertukar-tukar pasangan.
  • 30% shj yg benar-benar setia kpd kekasih.
  • Jika mereka berkumpul lebih dr 3 org,mereka akn bercakap mengenai sukan berbanding mengenai teman wanita.
  • Lelaki menyukai sentuhan! mengapa tdk, ada sentuhan yg tdk boleh disampaikan menerusi kata.
  • 58% lelaki sependapat bahawa wanita yg bijak lebih seksi drpd wanita yg memiliki tubuh bdn yg menggoda.
  • Lelaki sejati tdk akn tertarik lgsung utk bergaul dgn lelaki gay.
  • Lelaki yg mempunyai rambut tebal dan lebat menunjukkn dia seorang lelaki yg berani dan keras hati.
  • 88% lelaki mengakui tdk faham perlakuan dan bahasa tubuh yg cuba disampaikan oleh pasangan mereka.
  • Lelaki yg gemar meletakkan kedua2 tangannya di dalam poket seluar ketika berbicara dikatakan mempunyai tahap keegoan yg tggi.
  • 49% lelaki akan berdengkur ketika tidur berbanding wanita iaitu hny 22%.
  • Sedarkah kamu bahawa lelaki plg kurang menuturkan perkataan 'saya' berbanding wanita.
  • Lelaki sebenarnya kurang mengerti andai si gadis cuba menyampaikan sesuatu hanya dengan membuat mimik muka.
  • Lelaki sejati tidak akan bergaul atau rapat dengan lelaki gay atau lembut samada secara langsung atau tidak.
  • Puratanya, 71% lelaki mengakui sering berfikir mengenai seks, 26% mengisi ‘kekosongan’ fikiran mereka dengan seks dan 3% lagi mula berfikir tentang seks setelah melihat perempuan yang seksi.
  • Lelaki lebih kurang tidur berbanding wanita.
  • Lebih ramai lelaki yang buta warna berbanding wanita. Tiada ada siapa yang mengetahui puncanya.
  • Kanak-kanak lelaki kebiasaannya empat hingga enam kali berkemungkinan gagap berbanding kanak-kanak perempuan.
  • Dalam sepanjang hayat seseorang lelaki akan berkelip sebanyak 250 juta kali.
  • Sekiranya seseorang lelaki itu tidak pernah bercukur, secara purata, jambangnya akan menjadi lebih kurang lapan meter.
  • Mengikut satu kajian psikologikal, lelaki lebih kurang berbincang tentang perempuan berbanding perempuan yang tiga kali lebih berminat berbicara tentang lelaki.
  • 85% lelaki yang meninggal dunia semasa melakukan hubungan seks adalh terdiri dari suami yang suka menipu isterinya.
  • Lelaki sebenarnya tak melihat pada perempuan yang muka cantik. sebaliknya diorang lebih tertarik pada perempuan yang kemas dan beketrampilan.
  • Lelaki suka perempuan yang pandai memasak.
  • Mengikut kajian profesional, bau ketiak  lelaki dipercayai mampu membangkitkan mood ceria pasangan lawannya. Ia sekali gus dapat mengekang masalah tekanan yang dialami. Wow!
  • Lelaki mempunyai kecenderungan untuk ditipu  dua kali ganda berbanding perempuan menerusi internet. Jadi wahai jejaka, hati-hati bila mendapat 'ajakan cinta' menerusi internet ya!
  • 40% wanita beranggapan bahawa lelaki yang menyimpan jambang nipis adalah lelaki yang mempunyai sifat lelakian yang kuat, matang dan agresif.






ok la..itu je yg mampu sy share utk korang sume..renung-renungkn dan selamat beramal! hee~

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...