Saturday, 7 April 2012

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

Salah satu cara menghargai diri ialah menghormati diri sendiri.
Kadang-kadang kita terlalu ikutkan hati dalam hidup ini untuk menjadi seseorang yang disenangi ramai. Dan tanpa sedar, sebenarnya kita hanya memenuhi keinginan orang ramai untuk berkawan dengan kita. Sedih? Ya. Sebab kita seakan tidak mengenal diri.
Ada masa, hati terusik dengan peribadi seseorang yang menarik hati. Mungkin itu petanda baik, kalau kita menjadikan seseorang yang baik itu sebagai contoh untuk kita membina peribadi yang lebih baik. Tapi, juga boleh menjadi suatu yang buruk jika kita terlalu obses dengannya. Kita akan kehilangan diri.
Menjadi diri sendiri, dengan menghargai diri.
Kamu Diciptakan, Dan Hanya Kamu
ALLAh Ta’ala menciptakan setiap seorang dari manusia itu mempunyai watak yang berbeza-beza. Hatta kembar yang lahir pada selang beberapa minit dan dari rahim yang sama, pasti berbeza perwatakan. Tinggal saja manusia selepas akil balighnya mencorakkan akhlak diri; sama ada baik dan buruk.
Kita ini, hiduplah sebagaimana yang diciptakan.
Setiap manusia memiliki corak dan warna diri. Dan hiduplah dengan corak dan warna itu. Serta sama-samalah pastikan agar corak dan warna diri itu selaras dengan kehendak Tuan Punya Dunia. Bila bercakap soal hidup dengan corak dan warna diri, bukan bererti kita yang sebelum ini kekal dengan sifat mazmumah. Bukan. Tapi kekallah dengan corak dan warna diri itu tapi dalam masa yang sama memperbaiki diri.
Umat manusia – dengan pelbagai ragam dan tabiat; laksana tumbuhan – tidak terhad hanya kepada warna hijau. Ada yang pendek dan panjang, ada yang masam dan manis. Dan tumbuhan itu tetap menjadi seperti itu.
Maka seharusnya begitulah kita sebagai umat manusia. Menerima diri dengan seadanya, menghiasi diri dengan garis panduan dari Ilahi, menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Jangan pernah mahu menjadi orang lain!
Kerana anda, akan sentiasa menjadi diri anda!
Menjadi dan menghargai diri sendiri itu sebenarnya,
perlaksanaan akan sebuah kesyukuran atas pemberian Sang Tuhan.


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...