PERCINTAAN




LOVE <3

Love is not what you see in the movies. Its not the ecstasy its not what you see in that scene.True love is sacrifice. Love is thinking about others before you think about yourself.Love is selfless not selfish. Love is Allah and Allah is love. Love is when you lay down your life for another whether for your brother your mother your father or your sister its even laying down your life for your enemies that´s unthinkable but think about that. Love is true.Love is patient love is kind. It does not envy it does not boast it is not proud. It is not rude it is not self-seeking it is not easily angered it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always hopes, it always perseveres.
Love never fails. Love is everlasting. Its eternal it goes on and on it goes beyond time. Love is the only thing that will last when you die but ask the question why? Do you have love?
There is no greater love than this than he who lays down his life for his friends. Now are you willing to lay down your life for your friends? You´re probably willing to lay down your life for your mother your father or your best friends but are you willing to lay down your life for even those that hate you?Allah is true love and if you don´t know this love now is the time to know perfect love.




CARA MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN DALAM PERHUBUNGAN


Sesudah kita melalui sebuah pengalaman yang buruk dalam suatu hubungan, kita akan mengalami kesulitan untuk saling bertegur sapa lagi, membina kepercayaan hanya menjadi kerja rutin sahaja, banyak juga yang tidak sabar untuk memulakannya kembali dari awal.
1.Cubalah untuk mempercayai pasangan kamu
Lakukan ini berulang kali, maka perasaan itu akan tumbuh kembali.Kamu beri semangat kepada pasangan jika dia menghadapi situasi yang sukar, katakan bahawa tidak ada manusia yang sempurna dan setiap orang boleh berjaya dalam hidupnya, katakan juga bahawa kamu percaya bahawa dia boleh.
2.Komunikasi adalah kunci
Setiap pasangan yang kukuh dalam hubungan mereka pasti berdasarkan komunikasi yang baik, jika anda membuka diri kepada orang lain, dan melakukan ini dengan kejujuran dan kebaikan, maka orang lain akan melakukan perkara yang sama kerana ini membawa kebaikan, kepercayaan dan kemudahan dalam suatu hubungan.
3.Jelaskan pendapatmu
Tidak semestinya bersetuju dengan setiap pendapatnya, kamu harus nyatakan keinginan mu dari masa ke semasa, kalo tidak, orang yg dekat dgn kamu tidak akan tahu keperibadian mu secara mendalam dan masalah boleh timbul di kemudian hari.
4.Bersabarlah
Jika kamu ingin membina hubungan yang kukuh pada masa ini, maka jangan desak pasangan baru mu.Tidak ada yang segera, kepercayaan dibina dari masa ke semasa.
5.Bertanggung jawab untuk tindakan anda
Jika anda melakukan sesuatu yang salah atau anda ketahuan melakukan sesuatu yang dia tidak setuju, maka kamu harus menjelaskan punca masalahnya, dengan menunjukkan alasan yang kuat dan berjanji bahawa ini tidak akan berlaku lagi.Jangan menyembunyikan kebenaran, hadapi kenyataan dan menjelaskan apa yang salah.
6.Bercakap  tanpa bukti, percuma.
Waktu kamu mengatakan bahawa kamu sangat mencintainya dan kamu tidak melakukan sesuatu maka percuma semua itu.Lakukanlah sebuah tindakan, sekecil apapun itu, akan sangat bererti dibandingkan dengan tidak melakukan apa2.Bawa bunga kek, coklat, atau apa saja.Yg penting ada tindakan nyata.Hal ini membina kepercayaan dari pasangan mu.
7.Jangan Berpura-pura
Berpura-pura menjadi suatu peribadi yang berbeza dalam masa yang lama, tidak akan ada gunanya sama sekali, ini akan membawa bencana bagi hubungan kita.Hal terbaik yang seharusnya dilakukan adalah dengan menjadi diri sendiri, menjadi tulus dalam tindakan kita, maka kita akan mendapatkan keuntungan lebih dari hal ini.
8.Jangan membuat tuduhan palsu
Kadang2 pada awal suatu hubungan, wajar kalo hubungan itu begitu ghairah satu sama lain.Tapi satu ketika, waktu menelefon pasangannya tapi tidak diangkat kerana suatu alasan yang kurang jelas, itu bukan bererti dia curang.Mungkin low battery, atau alasan yang lain.Sebelum kita menuduh, sebaiknya harus mempunyai bukti-bukti yang cukup kuat dan nyata untuk kecemburuan anda.
Saat kamu cuba untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan yang baru, hal yang paling umum yang harus kita lakukan adalah untuk menerima keperluan orang lain, keinginan bahkan saat sedang hilang kawalan sekalipun.Ini bererti kita harus bertoleransi, tapi tidak secara berlebihan, kita harus utarakan pendapat kita dan mengatasi situasi ini secara bersama-sama.Pada akhirnya, itu sebabnya kita pasangan, kan?Pasangan harus lebih kukuh daripada single ...



ERTI KESETIAAN

Hari ini saya mahu berkongsi cerita tentang kesetiaan.Di tengah keprihatinan saya di zaman moden ini, kesetiaan semakin menipis.Banyak orang menyepelekan arti kesetiaan.Tapi kita akan belajar dari pasangan burung yang boleh menjaga kesetiaannya sampai maut memisahkan.


Pagi itu seekor Burung betina tertabrak mobil di jalan, akibat terbang menukik terlalu rendah.Karena si Burung Betina mengalami luka yang parah, ia tidak boleh kembali terbang untuk mencari makanan.Kemudian Sang pejantan membawakan makanan untuk pasangannya dengan penuh cinta kerana pasangannya tidak mampu terbang lagi.
Sang pejantan dengan setia menemani si Betina yang cedera parah.Setelah makanan mereka habis, sang pejantan pergi meninggalkan si Betina sejenak dan kemudian kembali lagi membawa makanan.Namun kerana luka yang di derita sang betina sangat parah, akhirnya ia meninggal.
Sang pejantan cuba untuk menggerakkan tubuh pasangan untuk memastikan apa yang telah terjadi.Sedar bahawa belahan hatinya telah tiada dan tidak akan pernah kembali lagi, ia menangis sambil berkicau dengan keras.Sang pejantan tetap berdiri di samping jasad pasangannya, berkicau dengan sedih menangisi pemergian pasangannya.
Kisah ini kisah nyata yang diabadikan oleh seorang wartawan melalui jepretan kameranya dan dijual kepada salah satu akhbar yang terbesar di Perancis.Seluruh naskhah akhbar tersebut habis terjual ketika gambar2 yang mengharukan itu dimuat.
Guys, Hari ini kita belajar.Burungpun mengerti erti sebuah kesetiaan, apalagi kita sebagai manusia.Ketika pasangan terluka, mampukah kita mendampingi dengan setia?Ketika pasangan tidak seperti yang kita harapkan, mampukah kita tetap setia?
Tuhan sangat menghargai erti kesetiaan.Dia mahu kita setia untuk hanya beribadah kepadaNYa saja.Begitu juga hubungan kita dengan pasangan, setia dengan hanya memiliki satu pasangan saja. Dan itu harus kita jaga sampai maut memisahkan.
Seseorang dikatakan luar biasa dan kuat bukan kerana dia boleh menakluk banyak hati dan mempunyai banyak pasangan, tetapi seseorang dikatakan kuat dan luar biasa jika ia boleh menakluk hawa nafsunya, dan hanya mempunyai satu pasangan sahaja!

Tips Apabila Keluar Dating

24 Dec 2009
Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan
gadis-gadis
Mrs Teddy. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang… Phewit…!!! :lol:

Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan

Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. :-)
Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? :oops: Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya. :o
Jangan Jadi Bisu
Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.
Buat Si Dia Ketawa
Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan.

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

1 Jan 2009

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkanDalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 2:10 am
Pertengkaran Yang Lembut

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

nurul ingin berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.


Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.

Miau! Re: Koleksi Tips Semanis Kurma

Post by sweetcouple on Thu 30 Jul 2009, 2:23 am
Tulang rusukku…

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.


Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri.
Mutiara Kata saya: there's only one in my life..only you.        



    10 SITUASI LELAKI YANG WANITA HARUS FAHAMI   
  1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 
2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.   
3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.        
4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.     
  5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.  
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.       
7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.     
  8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.    
  9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.      
  10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat 

 

Tips Temukan Cinta Sejati

Menemukan cinta sejati tidak semudah membalik telapak tangan, perlu pemikiran dan kondisi yang ideal untuk menentukan bahwa seseorang adalah cinta sejati Anda. Namun ada tips yang dapat membantu menemukan cinta sejati. Ini dia!
1. Jangan mencarinya. Cinta tidak datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang Anda baru saja mengakhiri suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian Anda.
2. Beri waktu untuk diri sendiri. Temukan aura positif Anda. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara otomatis aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarik bagi diri Anda.
3. Jika sudah siap untuk membuka lembaran baru bagi hubungan, maka mulailah memilih karakter pasangan seperti apa yang diidamkan. Tak hanya dari segi fisik namun juga mental dan kepribadian.
4. Bergaul dan hang out. Hal itu akan membuka kesempatan bagi Anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah satu di antara mereka adalah cinta sejati Anda.
5. Berani ambil risiko. Jika suatu hari Anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Karena kesempatan tak datang dua kali.
6. Yang paling penting, cintai diri Anda terlebih dahulu. Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat.


 

Cara Mencari Cinta Sejati

1.Ungkapkan keinginan dan mengapa menginginkannya? Anda harus memiliki kejelasan tidak hanya tentang apa yang Anda ingin dari cinta, tetapi apa yang diinginkan dalam hidup dengan pasangan Anda. Segera setelah mengetahui itu, Anda akan yakin telah masuk dalam suatu hubungan dengan tujuan dan visi yang jelas seperti apa hubungan Anda dengan dia. Menentukan kriteria akan membantu terhindar dari kesulitan terlibat dengan seseorang yang tidak cocok bagi Anda.
2. Ukur romantisme Anda Meskipun kedengarannya basi, buatlah daftar harapan pasangan ideal Anda. Isi dengan keinginan pasangan sempurna, istimewa tetapi realistis. Semakin banyak Anda tahu apa yang cocok bagi Anda, semakin mudah menangkap momen kapan dia bisa berjalan bersama Anda.
3. Cintai diri sendiri Ada pepatah lama mengatakan: “Anda tidak akan bisa membahagiakan orang lain sampai Anda membahagiakan diri sendiri.” Hal ini tidak hanya akan membantu pada saat bertemu dengan seseorang yang baru tetapi juga membantu Anda memulai hubungan pada saat yang tepat.
4. Jadilah yang terbaik Cinta bukan hanya sekedar mencari seseorang yang akan membuat Anda bahagia. Kecocokan akan menghasilkan yang terbaik- mungkin seseorang yang akan membuat Anda menjadi orang yang bahagia dan lebih produktif. Cara terbaik untuk menemukan cinta sejati adalah pintar-pintarlah memilih seseorang dan jelas mengapa Anda memilihnya.


JEJAKA DAN NADA DERING

1. STANDARD
 Die memakai nada dering yg tsedia di dlm telefon bimbitnya. malahan,die tdk pnh mcuba nada dering yg aneh2. baginye,telerfon bimbit itu suatu kperluan dn bukannye suatu gaya atau fesyen. memadai telefon bimbitnye boleh menghantar sms dn mbuat pggln. mana sempat baginye utk donlod nada dering yg bru sekiranye kerja pon bertimbun.
2. R&B
jika nada deringnye muncul dgn lagu2 Destiny's Child, menandakn die adlh golongan leleki yg menyeronokkan dan mudah bgaul dgn sesiapa shj. kepercayaan dirinye tinggi.awas!die mgkn seorg yg egois.
3. POP
nada deringnye adlh sebuah lgu pop yg mengasyikkn? oleh itu, karakternye cool, tenang dan panas baran. namun, jika si dia mulai moody, mmg akn bosan melayan sikapnye.
4. DANGDUT MANIS
die mmg seorg yg jenaka namun agk lurus bendul. apabila sikapnye sebegitu, jarang die akn serius mengenai sesuatu perkara. kamu sukar membuat si die fokus thdp apa yg kamu cuba sampaikn.skt hati juga dibuatnye.
5.ROCK
die yg menyukai lgu2 rock memiliki karakter diri yg kuat,spontan dan sedikit selamba.romantis?boleh,tetapi jgn harap die akn mengirim bunga atau cekelat kpd kamu.sie kn steady rock..hehe
6. NASYID
si jejaka yg krg tbuka, alim dan serius. namun, semua perkara dilakukn dgn kesungguhan hati. emosinye terjaga.jika kamu ingin 'main2' dgn perasaannye,jelas mereka bkn org yg tepat k!
7. RAKAMAN SUARA SENDIRI
die kreatif dan selalu inginkn sesuatu yg istimewa. berani tampil berbeza. die tdk gentar mencuba sesuatu yg bru. die juga sentiase  ingin tampil sebaik mungkin di hdpn teman-temannye.lazimnye jejaka ini mmg ego!
8. DANCE MUSIC
die ske donlod lgu2 Kylie Minogue sbb suke lagu dance? biasanye die seorang yg mpunyai penampilan yg memikat dan pndai menarik phatian perempuan. die romantis orgnye. jgn terkejut sekiranye kamu mndpt bunga dan sekotak cekelat di hdpn pintu rumah apabila mahu keluar ke mana2..hehe

DOA BUAT KEKASIH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


Hakikat Sebuah Pernikahan

Ada banyak alasan manusia yang
membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? Cuba kita
lihat…dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.


5- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal
yang lebih baik, lagi pula manusia.
Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang
ibu mencintai bayinya. Maka tak
ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH

UJIAN PERSONALITI DIRI ANDA & PASANGAN
Ujian ini memerlukan anda membuat bayangan dalam minda anda!!!!
SITUASI : Bayangkan ada sekarang berada ditengah-tengah hutan tebal, ketika anda berjalan-jalan dalam hutan tebal tersebut anda melihat sebuah rumah(pondok) usang dan anda menghampiri pondok tersebut:
Soalan :
1 . Ketika anda sampai di rumah usang tersebut, pintu rumah tersebut
  • terbuka
  • tertutup
2. Anda masuk ke dalam rumah tersebut lalu anda terlihat sebuah meja, meja tersebut berbentuk
  • bulat
  • bujur
  • segiempat
  • segitiga
3. Diatas meja tadi terdapat sebuah pasu, dalam pasu tersebut
  • berisi dengan air sepenuhnya
  • berisi dengan air – separuh
  • kosong
4. Pasu tersebut diperbuat dari
5. Kemudian anda keluar dari rumah usang tadi, anda meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah air terjun. Berapa laju air terjun itu?
  • Beri skala 1-10
6. Anda meneruskan perjalanan, tiba-tiba anda terpijak sesuatu yang keras anda melihat kearah objek tersebut dan rupa-rupanya sebuah key chain. Berapa banyak kunci pada keychain tersebut?
  • Skala 1-10
7. Walaupun penat, anda meneruskan perjalanan sehingga anda terjumpa sebuah istana. Keadaan istana tersebut?
  • Baru
  • Lama
8. Anda masuk ke dalam istana tersebut, anda lihat terdapat sebuah kolam yang keruh/kotor airnya tetapi terdapat banyak barang kemas di kolam itu. Adakah anda akan ambil barang kemas tersebut?
  • Ya
  • Tidak
9. Bersebelahan dengan kolam yang airnya keruh/kotor tadi, terdapat sebuah lagi kolam yang jernih airnya. Kolam ini pula dipenuhi dengan duit terapung dipermukaan air kolam yang jernih ini. Adakah anda akan kutip duit tersebut?
  • Ya
  • Tidak
10. Disebelah bertentangan dengan anda terdapat sebuah pintu keluar, anda berjalan keluar dari melalui pintu tersebut. Diluar istana tersebut terdapat sebuah taman yang luas, anda terlihat sebuah kotak ditengah-tengah taman tersebut. Apakah saiz kotak tersebut?
  • Kecil
  • Sederhana
  • Besar
11. Kotak tersebut diperbuat daripada apa?
  • Kadboard
  • Kertas
  • Kayu
  • Besi
12. Anda berjalan-jalan dalam taman tersebut sehingga sampai disebuah jambatan. Jambatan tersebut diperbuat daripada?
  • Besi
  • Kayu
  • Rotan
13. Diseberang jambatan sana terdapat seekor kuda. Warna apa kuda tersebut?
  • Hitam
  • Kelabu
  • Putih
  • Coklat
14. Kuda tersebut sedang…
  • berdiri ( tak de buat pape la maksudnya)
  • makan
  • berlari-lari
15. Oh…tiba-tiba taufan melanda menghampiri kearah kuda tadi…
Anda ada 3 pilihan
  • menyorok dalam kotak ditaman tadi
  • menyorok bawah jambatan
  • terus menghampiri kuda tadi anda tunggang kuda bersama-sama anda untuk melarikan diri.
PENAFSIRAN KEPADA JAWAPAN ANDA
Jawapan kepada soalan :
1. Pintu terbuka/tertutup
  • Pintu Terbuka – anda seorang yang suka berkongsi dengan pasangan anda
  • Pintu Tertutup – anda lebih suka untuk menyimpan dan tidak gemar berkongsi apa yang anda fikirkan
2. Bentuk Meja
  • Bulat/Bujur – Walaupun anda baru berkawan(tidak kira siapa) anda mempercayai mereka sepenuhnya
  • Petak – Anda agak memilih kawan dan lebih gemar untuk bergaul dengan kawan yang sekepala dengan anda
  • Segitiga – anda sangat memilih untuk berkawan dan anda tidak ramai kawan
3. Air dalam pasu
  • Kosong – Hidup anda kosong dan tidak dipenuhi dengan apa yang anda hendaki
  • Separuh Penuh – Separuh dipenuhi
  • Penuh -Hidup anda penuh dan banyak apa yang citakan telah dicapai
4. Pasu
  • Kaca/Tanah Liat/Porselin – anda lemah
  • Besi/Plastik/Kayu – anda seorang yang kuat
5. Kelajuan Air Terjun
  • 0-4 – Low sex drive
  • 5 – Average
  • 6-10 – High
6. Bilangan Kunci
  • 1-5 – Terdapat hanya sedikit kawan baik dalam hidup anda
  • 6-10 – Anda mempunyai ramai kawan baik
7. Istana
  • Lama – Hubungan Percintaan terakhir anda tidaklah begitu baik dan tiada apa yang anda ingat mengenainya
  • Baru – Hubungan terakhir anda sentiasa anda ingati
8. Barang Kemas dalam Kolam Kotor
  • Ya – Walaupun pasangan anda bersama anda, anda masih menggatai dengan orang lain(jeling-jeling ke,skodeng-skodeng ke)
  • Tidak – Apabila anda bersama dengan pasangan anda, anda hanya memberi tumpuan kepadanya
9. Duit dalam Kolam Bersih/Jernih
  • Ya – Anda menggatai dengan orang lain apabila pasangan anda tidak bersama dengan anda
  • Tidak – Anda setia walaupun pasangan anda tiada disisi anda
10. Saiz Kotak
  • Kecil – Sifat Ego yang renda
  • Sederhana – Sifat Ego Biasa
  • Besar – Ego yang tinggi
11. Kotak diperbuat
  • Cardboard/Kertas/Kayu – Anda seorang yang merendah diri
  • Besi – Bangga diri
12. Jambatan diperbuat
  • Besi – Membuat hubungan yang rapat/kuat dengan kawan-kawan
  • Kayu – Biasa-biasa sahaja
  • Rotan – Tidak berapa bagus hubungan anda dengan kawan-kawan
13. Warna kuda
  • Putih – Pasangan anda begitu bermakna dalam hidup anda dan sentiasa dihati anda
  • Coklat / Kelabu – Pasangan anda hanya biasa-biasa dihati anda
  • Hitam – Pasangan anda tidaklah begitu berada dihati anda
14. Kuda sedang…
  • Berdiri/Makan – Pasangan anda seorang yang merendah diri dan sopan
  • Berlari-lari – Pasangan anda seorang yang liar
15. Taufan datang
  • Menyorok dalam kotak – Apabila ada masalah anda lebih senang simpan sendiri
  • Menyorok bawah jambatan – Anda mencari rakan-rakan apabila mempunyai masalah
  • Lari bersama-sama dengan kuda – Anda lebih senang mencari dan berkongsi masalah dengan pasangan anda
Semua soalan dan jawapan adalah rekaan dan tidaklah 100% benar atau perlu untuk anda percayai apa yang ditulis. Artikel ini sekadar bahan bacaan yang mungkin boleh mengisi masa lapang anda.
*sy da wat ujian ni..alhamdulillah hmpr sume positif..ngee =)

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...