1 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. |
3 الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
4 مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). |
5 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. |
6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. |
7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat. |