Saturday, 7 April 2012

KENAPA ADA DENGKI?

Hidup kita, apabila diberi nikmat bahagia oleh ALLAH SWT, kita pasti gembira. Syukur. Namun, seseorang di tempat lain, merasa dengki dengan kebahagiaan kita. Pendapat anda? Saya bukan bersangka buruk. Tapi ini adalah hakikat. Seperti salah satu entri saya sebelum ini, dengki pasti ada dimana-mana.
Di mana-mana. Di hati manusia.
Kita muhasabah diri sama-sama. Adakah diri kita salah seorang yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain? Dengki dengan kejayaan orang lain. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Pendek kata, dengki buruk dengan hidup orang lain.
Bagi anda, seronokkah perasaan sebegini? Jawapan saya, tidak.



Dengki Penyakit Merbahaya
Kenapa saya katakan perasaan dengki itu sangat bahaya? Sebab, orang yang membawa perasaan dengki ini ialah seseorang yang tidak tenang kehidupannya. Ketidaktenangan itu datang sebagai akibat perasaannya yang tidak senang melihat kegembiraan hidup orang lain. Kasihan, bukan.
Orang yang pendengki ini sebenarnya tengah sakit. Perasaan itu dia lahirkan sendiri, dan sebenarnya dirinya sendiri juga yang terseksa menahan resah kedengkian apabila melihat orang lain. Dan apa yang paling teruk lagi sebenarnya dirinya sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu merasa dengki kepada orang lain yang tidak pernah membuat kesalahan kepadanya. Kecelaruan peribadi, mungkin.
Faedah bagi orang pendengki. Nak tahu?
Kesedihan, keresahan, kegelisahan, dan kekacauan fikiran menjadi darah dagingnya. Orang-orang seperti ini hanya menyeksa jiwa dan raga dengan memandang kedengkian dari kejauhan orang lain.
Saya bercakap mengenai dengki disini. Iaitu dengki terhadap orang lain dan menginginkan kejatuhan buat orang tersebut. Dan dengki dalam pelajaran, bukan seperti dengki ini. Berbeza. Anda faham? Senyum.
Anda nampak? Perasaan dengki yang macam ini sebenarnya membunuh perasaan ketenangan yang sudah menjadi fitrah dalam diri manusia. Kegembiraan dan ketenangan tiada lagi. Sebagai akibat dari perasaan hasad dengki yang buruk tersebut. Kalau ada pun kegembiraan itu, hanyalah gembira kerana melihat orang yang dia dengki jatuh tersungkur.
Elokkah perangai begini? Saya kata, tidak. Amat jelik sekali.
Pendengki Sebenarnya Memusuhi ALLAh
Memusuhi ALLAh? MashaALLAh. Ada yang beranikah~?
Ada, iaitu pendengki. Kenapa?
Manusia yang macam ni nampaknya seperti hendak memusuhi ALLAh. Sebab, dia tidak redha dengan apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAh akan dirinya dan orang lain yang lebih baik kehidupannya dari dia sendiri. Dalam tidak sedar, sebenarnya dia merasakan bahawa ALLAh itu tidak adil dalam memberikan hak kepadanya.
Senyum. Hak. Layakkah manusia menuntut hak dari ALLAh?
Bukankah manusia diciptakan dengan rezeki masing-masing di dunia. Mengapa perlu ada perasaan dengki kepada orang lain? Rezeki itu sentiasa ada, cuma manusia yang perlu untuk mencapainya. Maka, apabila anda merasa anda hendak memperbaiki kehidupan, berusaha sedaya mampu anda untuk melakukannya.
Hendak mencabar ALLAh? Jangan.
Perasaan dengki hanya akan menghilangkan pahala dan mendatangkan dosa. Dan amat rugi manusia yang sentiasa melakukan dosa tanpa ada perasaan ingin menambahkan pahala.
Orang Pendengki Membunuh Diri Sendiri
Baik. Perumpaan manusia bagi saya, yang bersifat hasad dengki terhadap kesenangan dan kebahagian orang lain itu sebenarnya ialah hendak membunuh diri sendiri. Sudah menyeksa diri sendiri, akhirnya membunuh diri pulak.
Bahagia? Derita!
Saya umpamakan manusia pendengki seperti ini ; Dia memasak air disebuah bekas yang besar. Lalu apabila air tersebut mendidih, maka dia sendiri terjun ke dalamnya. Dan akhirnya, yang melecur dan mati adalah dirinya sendiri.
Bukankah tindakan seperti ini tindakan yang ‘kurang pandai’?
Maka begitulah sifat hasad dengki yang kalau manusia tidak merawatnya, sudah tentu manusia itu sendiri akan mati menderita oleh perasaan tersebut.
Kenapa muncul perasaan seperti ini didalam hati manusia? Kerana kurangnya sifat sabar. Dan tidak senang melihat kebahagiaan saudaranya sendiri. Hal ini kerana, dia juga ingin merasakan kehidupan yang lebih baik seperti orang lain tetapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya dia tidak mampu.
Makanya, redhalah dengan qadak dan qadar. Tetapi, menerima suratan takdir tidak bererti tidak perlu berusaha. Ada takdir anda sebagai manusia yang boleh diubah dengan usaha, doa dan tawakkal kepada ALLAh.
ALLAh itu sebenarnya sudah membuka jalan untuk manusia. Tapi seringkali manusia ingin memasuki jalan yang tertutup dan akhirnya, manusia itu sendiri yang tersesat.


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...