Wednesday, 18 July 2012

ADAB BERTEMU KEKASIH HATI


Pernah tak anda menghadapi situasi ini? Sedang asyik belajar atau melakukan kerja di pejabat, anda terdengar azan berkumandang. Walaupun anda sedar yang sepatutnya anda meninggalkan kerja dan segera bersiap untuk solat, anda terasa berat untuk berhenti rehat seketika.
Anda fikir, 'Aku nak habiskan kerja ni dulu. Tinggal sikit lagi ni. Selepas tu aku solat lah.' Sejam kemudian, ketika waktu solat hampir habis, anda mendapati kerja anda masih belum siap dan solat masih belum dilaksanakan.
Sebenarnya, bukan mudah untuk menjaga solat. Bukan mudah, sebab perlukan mujahadah. Jadi apa yang boleh kita buat? OK, cuba kita bayangkan waktu solat itu sebagai waktu kita ber'dating' dengan Allah SWT, cinta pertama dan utama kita.
Apa? Tak pernah ada pengalaman ber'dating' sebab belum berkahwin?
Cuba bayangkan anda akan bertemu kekasih-jantung-buah-hati ataupun ahli keluarga tersayang. Mesti anda berdebar-debar, pakai baju cantik-cantik, bersiap awal dan rasa tak sabar nak bertemu dengan orang itu, kan?
Tak boleh juga?
Jangan risau. Mereka yang tak pernah ber'dating' di luar sana, cuba kita bayangkan solat itu sebagai sebuah mesyuarat. Saya pasti ramai yang pernah hadiri apa-apa bentuk mesyuarat, kan? Mesyuarat Agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa program dan lain-lain lagi.
Perasan tak, kita boleh menjaga adab-adab ber'dating' dan bermesyuarat dengan manusia lebih baik daripada adab dengan Pencipta? Mari saya senaraikan adab-adab tersebut:

Tampil bersih, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik
Cuba keluar rumah tak gosok gigi, tahi mata dan air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang nak tengok kita? Tentu kita rasa malu. Maka, kita perlu fikir perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.
Kalau nak keluar rumah, biasanya kita colet minyak wangi, sembur minyak wangi sebotol dan gosok setiap inci pakaian kita. Kalau menghadap Allah kita macam mana pula? Tentulah kita perlu mempraktikkan benda yang sama juga.
Hadir di awal waktu
Kita selalu tepati waktu mesyuarat sebab kita tak nak buat orang lain tertunggu-tunggu. Mungkin orang itu akan marah dan kecewa terhadap kita. Hmm... Cuba bayangkan, betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat di awal waktu?

Tumpukan perhatian
"Alaa, awak ni kenapa? Sayang ada depan mata awak, tapi fikiran awak kat tempat lain. Ish, bencilah!"
Kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan makhluk bernama manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan Pencipta. Dah lah tak sampai lima minit waktu yang diluangkan untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. Hmm... Yok periksa sama-sama. Cuba kita fahamkan bacaan dalam solat...
Tenang dan tidak tergesa-gesa
Apabila berada dalam mesyuarat, ada tak kita tergaru-garu, bergerak lebih-lebih depan orang ramai? Sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan, bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam mesyuarat sampai dua, tiga jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak tergesa-gesa dalam menyempurnakan solat.
Tak akan ke mana urusan dunia, inikan pula kalau kita tergesa-gesa untuk hiburan semata. Sama-sama kita periksa balik, OK?
Banyakkan berkomunikasi
Salah satu tips untuk kita lebih dekat dengan seseorang adalah dengan meluangkan masa yang banyak dengan mereka. Barulah kita dapat kenal hati budi, perangai, citarasa mereka. Sama juga halnya kalau kita nak lebih rapat dengan Tuhan kita.
Banyakkanlah solat sunat dan membaca Al-Quran. Sebenarnya, semakin banyak masa yang kita luangkan untuk Allah, semakin kuat kebergantungan kita kepadaNya. Adulah semua perkara kepada Allah. Bisikkan kata-kata pujian kepadaNya. Semua ini akan kembali kepada kita, Allah tak pernah rugi apa-apa pun sekiranya kita beriman atau tidak. Kitalah yang akan rugi sebenarnya kalau kita sia-siakan masa kita dengan perkara-perkara lagha.
Baca surat cinta
Kalau kita jatuh hati pada seseorang, meminati seseorang, mesti kita akan selalu terfikir pasal dia, kan? Baca mesej dia berulang kali, 'stalk' Facebook ...senang cerita semua perkara dan perkembangan tentang dia kita nak tahu. Macam mana pula kita dengan Allah?
Bacalah Al-Quran beserta maknanya. Bayangkan Dia sedang bercakap dengan kita. Pelbagai nasihat, peringatan serta janji Allah telah termaktub dalam Al-Quran. Itulah SMS atau surat cinta yang wajib kita baca selalu ;)
Sama-sama kita kuat mujahadah kejar cinta Allah. Setiap manusia akan alami satu fatrah yang membuatkan kita rasa jauh sangat dan lalai mengingati Allah. Biasalah. Perkara itu sangat biasa sebab iman kita selalu naik turun.
Moga dapat istifadah bersama. Yok mujahadah! Wallahu'alam.


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...