Monday, 9 January 2012

IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN MINAH JENIN



can u see this picture??
pejadahnya aku bubuh gambar JJCM ni kan?haha
ok actually ni la impian aku sejak aku sekolah menengah lagi..
nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan..
excuse.pardon me..PENGACARA JALAN-JALAN CARI MAKAN???
HAHAHAHA
ok fine gelak la..mungkin ni cuma angan-angan je kan
sejak JJCM start musim pertama dengan pengacara pertamanya Maria Tunku Sabri lagi aku da simpan hasrat nak jadi pengacara rancangan ni..
sampai la bertukar-tukar pengacara dari musim ke musim..
haihhh gigit jari jela bila tengok orang lain yang jadi pengacara tu..
dalam banyak-banyak rancangan tv,kenapa rancangan ni gak aku pilih kan?
kenapa tak nak jadi pengacara TV3 Kids?aku kan suka budak kecik..
kenapa tak nak jadi pengacara Nona ke Wanita Hari Ini ke?
pengacara Wakenabeb ke?kenapa JJCM gak?






oh my!oh my! tak terliur ke korang tengok semua makanan ni??

ni lah sebabnya aku nak sangat-sangat jadi pengacara JJCM
dapat makan FREE!!hahaa tak kesah la makanan tu sedap ke pelik ke,janji makanan FREE.
then dapat jalan-jalan merata tempat sambil try makanan dari macam-macam jenis restoran..
TAK KE BEST TU??hoho
aku sangat suka try makanan baru and pelik-pelik
kalau ada duit banyak,memang aku dah serbu semua restoran yang ada dekat dunia ni
tapi tu lah...tak ada duit..so tengok dekat tv jela yang mampu..huu
sumpah terliur gila setiap kali tengok JJCM bersiaran setiap hari sabtu..
kalau aku ada dekat rumah every weekend tak akan lepaskan peluang tengok JJCM
biarlah hanya dapat telan air liur and gigit jari je..asalkan dapat tengok makanan sedap
haha gila desperate je bunyinya kan?
orang yang bernafsu makan kuat macam aku je yang paham perasaan bila dapat tengok makanan sedap
mesti korang cakap badan kurus macam aku pon nafsu makan kuat ke??
huuu dont judge the appetite from the body ok!
keturunan aku memang badan kurus je semua tapi makan mengalahkan orang yang berbadan tong drum.

tengok baby ni..badan je kecik tapi kuat makan.

then lagi satu sebab aku nak jadi pengacara JJCM sebab nak gemukkan badan.haha
mana la tau kan bila da melantak banyak makanan free and sedap-sedap badan jadi cepat naik
actually kat rumah ni semua makanan aku bedal termasuklah yang tak sedap
cuma bezanya stok makanan sedap cepat habis,stok yang tak sedap macam siput sikit la nak habis.hehe
that's why aku nak try melakukan experiment dengan menjadi pengacara rancangan ni
kot-kot badan ni tak nak naik sebab dah bosan makanan dekat rumah
nak makanan yang high class dalam JJCM je baru nak naik kot berat badan..hekk
tapi angan-angan  jela semata semua tu kan?
tiap hari aku mengadu dekat mak aku 
"nak jadi pengacara JJCM.mama,bila boleh jadi pengacara JJCM ni?dah bertahun berangan"
kesian mama sampai bernanah telinga asyik dengar benda yang sama je tiap hari..haha
kenapalah JJCM tak ada iklankan audition untuk cari hos rancangan depa?
kalau ada,akulah orang paling EXCITED nak pergi audition tu!hehe

ok stop berangan!!mungkin impian ni sampai bila-bila akan jadi angan-angan mat jenin je..
tak mungkin la depa nak ambik aku jadi pengacara kan?artis ke kau silah???terkenal ke???haha
tapi kalau suatu hari mimpi ni jadi kenyataan,perghhhh!memang aku cium pipi korang-korang yang doakan tu!
*eh,tak mungkin lah!gila hape!
Elfira Loy pernah berkata : "biar mimpi sampai bintang,jika tak dapat sampai ke bintang,dapat sentuh langit pon jadilah"
ok sekarang aku nak mimpi sampai bintang.tak dapat sampai bintang,dapat jadi hos JJCM pun jadilah..haha




arghhhhh sumpah jeles tengok Qi Razali dapat jadi pengacara JJCM sekarang!btw,dia memang sempoi..


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...