Saturday, 28 January 2012

5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta!

haip jangan salah paham ye!
aku tak putus cinta pon..
entry ni aku cilok dari senicinta khas untuk sesiapa yang rasa down lepas putus cinta
so nak naikkan balik semangat korang yang da cp-cp nak hilang tu baca la entry ni ye..
mungkin ada yang boleh dipraktikkan..
chill!bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor ,manusia bukan seorang je dekat bumi ni..
melainkan korang duduk dekat bulan.hihi


Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!
Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.

10 Strategi “Sure Gagal” Mendapat Balik Cinta – Tapi 100% Sering Anda Gunakan

cinta sejatiSelamat Hari Malaysia kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia untuk menempuh cabaran hari esok. Hari ini pula, saya ingin kongsikan 10 strategi atau cara yang sering orang gunakan semasa berada di dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan mereka.
1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!
2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!

ELAKKAN DIRI DARI HIPOKRIT/ MUNAFIK

Berhati-hatilah Dari Menjadi Seorang Yang Suci Di Hadapan Manusia, Tetapi Seperti Syaitan Ketika Bersendirian

عَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ: "لأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًاقَالَ ثَوْبَانُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا، جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لاَ نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لاَ نَعْلَمُ، قَالَ : "أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا".

Mafhumnya: Daripada Thauban RA, daripada Nabi SAW yang bersabda: “Saya akan memberi tahu untuk pengetahuan kamu semua tentang beberapa golongan dari kalangan umatku akan datang pada hari kiamat dengan membawa beberapa kebaikan (pahala yang banyak) seperti gunung-ganang Tihamah yang bewarna putih, namun Allah SWT menjadikan kebaikan mereka yang banyak itu seperti debu yang berterbangan (tidak diterima oleh Allah SWT).” Thauban bertanya: “Wahai Rasulullah, sebut dan jelaskan sifat mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dari kalangan mereka, dalam keadaan kami tidak mengetahuinya.” Sabda Baginda SAW: “Adapun mereka adalah dari kalangan saudara-mara kamu (umat Islam) dan dari jenis kamu, mereka menunaikan solat malam seperti kamu semua menunaikannya (namun Allah SWT tidak menerimanya), akan tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian, mereka melanggar tegahan-tegahan Allah.” (Ibn Majah 2/1418, bil: 4245. Kata al-Munziri 3/170: “Para periwayatnya Thiqaat.” Al-Busiri berkata 4/246: “Isnad hadis ini Sahih, para periwayatnya Thiqaat.” Hadis ini juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah, bil: 4245)

وعَنْ سَعِيدِ بْنِ يَزِيدَ رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ: أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْصِنِي؟ قَالَ: "أُوصِيكَ أَنْ تَسْتَحِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ، كَمَا تَسْتَحِي رَجُلًا صَالِـحًا مِنْ قَوْمِكَ".

Mafhumnya: Daripada Sa’ied bin Yazid RA, bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah beriah pesanan kepadaku.” Jawab Baginda SAW: “Daku berpesan kepadamu, agar malu kepada Allah ‘Azza wa Jalla, sepertimana kamu malu terhadap seorang lelaki yang saleh (yang disegani) dari kaummu.”(Ahmad di dalam al-Zuhd, hal: 46. Al-Baihaqi di dalam al-Sya’ab 2/462/2. Isnad hadis ini dinilai sebagai Baik oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 2/376)

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي ذَرٍّ وَعُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " الإِحْسَانُ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ".

Daripada Abu Hurairah, Abu Zarr dan ‘Umar RA, Nabi SAW pernah bersabda: “Ihsan itu adalah kamu (bersungguh-sungguh) beribadah kepada Allah, seolah-olah kamu melihatnya, jika tidak boleh seperti itu, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Ahmad 2/426, bil: 9497. Al-Bukhari 1/27, bil: 50. Muslim 1/39, bil: 9. Ibn Majah 1/25, bil: 64)
Syahnun (سحنون) (al-Imam Abu Sa’ied ‘Abd al-Salam bin Sa’ied al-Qairawani: الإمام أبو سعيد عبد السلام بن سعيد القيرواني)berkata: “Jauhilah kamu dari menjadi musuh kepada iblis ketika terang-terangan (hadapan orang ramai) akan tetapi mengikutnya ketika bersendirian (atau di dalam hati).”


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

Monday, 9 January 2012

IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN MINAH JENIN



can u see this picture??
pejadahnya aku bubuh gambar JJCM ni kan?haha
ok actually ni la impian aku sejak aku sekolah menengah lagi..
nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan..
excuse.pardon me..PENGACARA JALAN-JALAN CARI MAKAN???
HAHAHAHA
ok fine gelak la..mungkin ni cuma angan-angan je kan
sejak JJCM start musim pertama dengan pengacara pertamanya Maria Tunku Sabri lagi aku da simpan hasrat nak jadi pengacara rancangan ni..
sampai la bertukar-tukar pengacara dari musim ke musim..
haihhh gigit jari jela bila tengok orang lain yang jadi pengacara tu..
dalam banyak-banyak rancangan tv,kenapa rancangan ni gak aku pilih kan?
kenapa tak nak jadi pengacara TV3 Kids?aku kan suka budak kecik..
kenapa tak nak jadi pengacara Nona ke Wanita Hari Ini ke?
pengacara Wakenabeb ke?kenapa JJCM gak?

Thursday, 5 January 2012

DOA MEMOHON DIKURNIAKAN KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(QS. Al Hadiid, 57 : 3-4)
Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal soleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Orang yang akan selamat di alam akhirat adalah yang selamat di alam kubur. Orang yang selamat di alam kubur adalah orang yang selamat ketika di akhir hidupnya. Akhir hidup yang baik susah untuk diperoleh jika kita tidak taat kepada Allah dan taat kepada Rasul. Oleh karena itu, supaya pengakhiran hidup kita menjadi baik (husnul-khatimah) mulai sekarang kita harus menjadi orang yang taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan selalu beramal soleh. Orang yang doanya akan dimakbul oleh Allah adalah mereka yang beriman, taat, mengamalkan sunnah Rasul, banyak beramal soleh, banyak berjasa kepada orang lain dan menjauhi dosa dan maksiat kepada Allah. Mintalah kepada Allah untuk pengakhiran hidup yang baik dengan doa-doa di bawah ini :
Di antara doa-doa yang perlu dipraktikkan adalah :
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


Adab Supaya Dikurniakan Husnul Khatimah
1. Sebaik-baik umur adalah umur yang panjang dan penuh dengan amal saleh. Dan seburuk-buruk umur menurut Allah adalah yang panjang umurnya tetapi diisi dengan dosa dan maksiat kepada Allah.
2. Keadaan di akhir hayat seseorang bergantung kepada amalan hariannya. Oleh karena itu, isilah hari-hari kita dengan selalu meningkatkan iman dan amal soleh.
3. Selain berusaha untuk selalu meningkatkan ibadah fardhu dan sunnat, maka perlu memperbanyak amalan ihsan, iaitu amalan yang memberi kebaikan kepada orang lain, baik berupa ajakan untuk kembali kepada Allah (dakwah ilallaah), menyebarkan ilmu, menyebarkan kasih sayang, menyebarkan amal soleh, dan selalu tawa shaubil wa tawaa shaubish-shabr.
4. Tidak meminta mati kacuali karena telah terjadi fitnah yang mengancam keselamatan diri dan agamanya.
5. Jangan sekali-kali berfikir untuk mengakhiri hidup dengan jalan pintas karena adanya tekanan hidup yang berat. Orang yang mengakhiri hidupnya dengan jalan pintas (bunuh diri) tidak akan diterima amalnya dan dipastikan dia akan masuk neraka.
6. Ajal adalah sebuah misteri, merupakan rahsia Allah. Boleh datang secepat kilat, tetapi boleh juga tidak datang-datang walaupun telah dinanti-nantikan setiap saat. Namun jika ajal telah datang, tidak boleh ditunda  walaupun sedetik.
7. Menpraktikkan doa untuk menjadi orang yang husnul-khatimah pada setiap akhir solat fardhu.
8. Selalu mempunyai perasaan khauf dan rajaa (takut dan harap), iaitu takut akan tidak diampuninya dosa-dosanya dan berharap bahawa Allah itu Maha Rahman dan Rahim yang akan selalu memberikan rahmat kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
9. Ketika sudah ada tanda-tanda akan dipanggil oleh Allah, perbanyakkanlah membaca kalimat thayyibah, kerana siapa yang ucapan terakhirnya adalah Laa Ilaaha illallah orang itu dijamin masuk syurga.



papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

GOLONGAN YANG MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:
Sesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan karunia dan kenikmatanNya – maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:
Pertama:Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:
قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadits hasan).

Monday, 2 January 2012

HIMPUNAN MAHARAJA LAWAK MEGA TERBAEKKK!!!

SELAMAT MENONTON! ;)



KUMPULAN OSBON MINGGU KE EMPAT







KUMPULAN OSBON MINGGU KE LIMA




KUMPULAN OSBON MINGGU KE SEMBILAN



KUMPULAN OSBON MINGGU AKHIR PART 1



KUMPULAN OSBON MINGGU AKHIR PART 2



KUMPULAN BOBOI MINGGU KE TUJUH




KUMPULAN BOBOI MINGGU KE SEMBILAN PART 1




KUMPULAN BOBOI MINGGU KE SEMBILAN PART 2




KUMPULAN BOBOI MINGGU AKHIR PART 1




KUMPULAN BOBOI MINGGU AKHIR PART 2




KEPUTUSAN AKHIR MAHARAJA LAWAK MEGA



p/s : tiba-tiba rasa nak share koleksi video maharaja lawak mega dekat blog ni.
actually aku cari video kumpulan osbon dan kumpulan boboi yang mana aku rasa terbaik.
tujuan aku letak kat blog ni untuk memudahkan aku nak tengok berulang kali bila-bila masa je.haha
tapi tak salahkan kalau nak share untuk kemudahan orang lain jugak? so selamat menonton ye! :)


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...