jeng..jeng..jeng..
(bajet seram la buat intro macam ni?cehh!)
aku dan dua orang teman rapatku baru sahaja selesai bermain bola di padang
what?perempuan main bola??
weyh!aku serius!salah ke kitorang main bola?at least dapat sihatkan badan
the purpose why we use to play football late at night cause
there's no annoying boys those use field at that time and paling penting aman!hehe
ok aku bukan nak buat cerita seram bahawa ada hantu bermain bola bersama kami
tidak sama sekali!kitorang langsung tak rasa seram waktu main kat padang tu
kecuali rasa seram takut kena sound dengan guard sebab main dekat padang tengah malam buta.haha
Assalamualaikum..makcik datang ni nak jual karipap..anak nak beli?
sampai sahaja di bilik,kitorang rasa malas sangat nak mandi
lagipun jam tepat pukul 12 pagi
rasa seram sejuk pulak nak mandi time tu
then tiba-tiba terbuka cerita pasal gym 'keras' dekat tingkat 8 mahallah kitorang
gym tu memang agak keras sebab berada agak hujung dari level 8
ahh senang cerita bukan gym tu je yang keras..
satu bangunan mahallah kitorang tu seram kot!
ok bukan kot..its real!
sejarah bangunan tu pada mulanya dihuni oleh mahasiswa.
tetapi disebabkan ada kes mahasiswi tergedik-gedik dengan mahasiswa dari mahallah sebelah
so terpaksa tukar dengan mahallah lelaki dari bangunan lain
kira switch la mahallah laki jadi perempuan punya and mahallah perempuan jadi lelaki punya
nak dijadikan cerita..
waktu mahallah tu mula dibuka untuk pelajar perempuan,
ada la yang sebuk gedik-gedik naik tingkat paling atas bangunan tu
memang ada tangga untuk naik ke tingkat 10 dan langsung tak ada pagar dibina di situ
kira macam plantar terbuka la..(bukan planta buat kuih tu ye!)
kalau nak lending helikopter dekat situ pon muat agaknya
ada la beberapa pelajar perempuan ni suka-suki berposing dan bergambar dekat atas tu
dan ditakdirkan salah seorang dari mereka terjatuh
dari tingkat 10 sampai ground floor dari celah-celah tangga
dari tengah-tengah lubang antara tangga tu la dia jatuh sampai ground floor
cehh siap bagi gambar lagi nak kasi korang senang imagine..
baik kan aku?kahkah
korang mesti teka pelajar perempuan tadi meninggal dunia kan?
tetttt tekaan anda salah!
pelajar tu tidak meninggal tapi cacat seumur hidup
mujur umurnya masih panjang tapi kesian terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat
sejak malam tu tingkat 10 terkenal dengan tingkat 'berhantu' dan ramai yang tak berani ke situ dah
ramai juga yang ternampak kelibat perempuan rambut panjang berdiri
di depan tangga yang menghubungkan antara tingkat 9 dan 10
dan sekarang tangga untuk ke tingkat 10 tu dah pon ditutup dan dipagar
tak nak pisang berbuah dua kali
lagi satu tempat yang 'keras' adalah lif WING D
lif tu dilabel sebagai lif 'keras'
aku pernah naik lif tu..memang seram sejuk je dalam tu
lif tu tak ramai orang nak naik
mungkin ramai yang dah tau sejarahnya..
yang paling aneh,setiap kali lif tu dibaiki,hanya akan bertahan selama 2-3 hari je
padahal hanya seciput je pelajar yang gunakan lif tu
ada kaitan sebenarnya tempat tinggi dengan 'benda tu'
'mereka' sukakan tempat tinggi dan gelap
ada sorang kawan aku cakap 'benda tu' sangat suka tempat yang separuh gelap dan separuh terang
jadi kalau nak buka lampu bilik jangan buka separuh-separuh
tak tau la itu hanya mitos atau fakta
tapi hakikatnya 'benda tu' atau senang kata syaitan suka dok tempat gelap dan tempat tinggi
sebab apa aku cakap macam tu?
sebab di tempat tinggi dan gelap,'mereka' senang masuk dalam badan manusia
dan manusia yang paling senang dirasuk adalah perempuan
that's why banyak kes bunuh diri dari bangunan tinggi yang melibatkan perempuan
bila benda tu dah rasuk,comfirm tak ada yang dapat halang
tapi tak semua kes bunuh diri tu sebab dirasuk makhluk halus
ada jugak yang dah memang ada setan dalam badan
sebab tu slamber badak je nak terjun bangunan bila dirundung masalah
then kawan aku sambung cerita pasal gym tingkat 8 yang seram tu
waktu tu ramai yang tengah bersenam dalam gym tu
even jam dah menunjukkan pukul 12 lebih (am) tapi masih ramai berada di situ
normal lah,perempuan kalau dah berkumpul mesti buat bising kan?
then kawan aku dan beberapa lagi yang lain terdengar bunyi 'suara'
yang seakan-akan marah sebab buat bising kt tempat 'mereka'
suara tu sangat jelas kedengaran bukan seperti suara manusia
dorang yang dengar tu pon apa lagi,cabut lari lah
dah kena tegur macam tu tak mungkin lah nak duduk lama-lama lagi kat situ
gila hapa?kang tak pasal muncul 'benda tu' depan dorang dok excercise sama-sama..naya!
omak kau!tanjat boboy...
aku honestly tak pernah kena kacau sampai tahap gaban sampai demam-demam
tapi aku banyak pengalaman diganggu makhluk halus suatu ketika dahulu
sekarang alhamdulillah da jarang sangat atau boleh dikatakan tak ada dah dingganggu makhluk halus
bila aku muhasabah diri aku,'benda tu' sebenarnya ganggu orang yang kurang mendekatkan diri dengan Allah
kebanyakan yang kena kacau mesti lemah semangat atau kurang dekat dengan Allah
aku bukanlah nak cakap yang aku ni lemah semangat atau kurang agama dulu
cuma aku kurang mengamalkan ayat-ayat pelindung dan membaca Alquran.
(kurang ok..bukan tak baca langsung)
tak semestinya tutup aurat dengan sempurna tak boleh kena ganggu
kalau tak amalkan ayat pendinding dan baca Quran dengan kerap pon boleh kena ganggu tau
sebabnya...'benda tu' sangat suka kacau orang yang "tau tapi tak beramal" ni
apa lagi kaum perempuan..lagi senang 'benda tu' nak dekat
banyak sangat kaitan orang yang lemah agama dengan kes diganggu hantu
nak cerita satu entri nanti penat pulak korang nak scroll sampai cecah tanah.haha
so tunggu sambungan part 2 ye! :)
nantikan kemunculan pocong dua akan datang di pawagam Dalam Blog Ada Taman!
papan kekunci diketuk oleh SilaHezi
No comments:
Post a Comment