Monday, 31 October 2011

CANTIK DAN HANDSOME..ASET,ANUGERAH ATAU UJIAN??

semua orang nak nampak cantik kan?
memang lah..
ada ke yang memang sengaja nak nampak sakai dan busuk depan orang lain?
ok fine..ada!orang gila..
tapi ada juga orang gila jadi gila sebab dia terlalu taksub dengan kecantikan
aku pernah tengok orang gila pakai make up tebal gila!
memang macam orang gila..
*ok stop!banyak sangat perkataan GILA sampai naik gila baca*
manusia sekarang terlalu kejar kecantikan sampai sanggup perabih duit beribu-ribu untuk nampak cantik
buat pembedahan plastik la,suntik ini la itu la..
tak kisah berkorban macam-macam untuk nampak cantik di mata manusia
tapi di mata Allah s.w.t?



persoalan aku sekarang..cantik dan handsome ni perlu ke?
cantik ni aset,anugerah atau ujian dari Allah?
ada sesetengah orang cakap cantik ni aset diri kita
baik dari segi rupa paras,tubuh badan dan fizikal kita.
ada orang cakap pula cantik ni anugerah dari Allah
tapi bagi aku cantik adalah ujian yang diberi oleh Allah
untuk melihat sejauh mana hamba-Nya bersyukur dan memelihara kecantikan tersebut
kecantikan yang Allah bagi tu cuma pinjaman sementara kita hidup di dunia ni je
pinjaman tu juga boleh lesap bila-bila masa je yang Allah nak
jika kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi,
maka dengan senang Allah boleh mencabut nikmat tersebut sebagai pengajaran kepada kita

kenapa perlu rasa bangga bila ramai orang puji kita cantik?
kenapa tidak memuji Allah yang telah meminjamkan kecantikan tersebut?
dan kenapa perlu rasa rendah diri bila ramai orang cakap kita tidak cantik?
kenapa tidak bersyukur di atas pemberian Allah yang telah menciptakan kita?
paras rupa dan fizikal tidak menjadi ukuran
Allah tidak memandang rupa kita,Allah memandang hati dan iman kita
janganlah kerana mengejar kecantikan untuk kepuasan manusia,maruah kita tergadai

apalah gunanya jika kita mempunyai wajah yang cantik hanya untuk menggoda lelaki?
apalah gunanya jika kita mempunyai tubuh yang cantik hanya untuk menggiurkan lelaki?
apalah gunanya jika kita mempunyai fizikal yang cantik hanya untuk menjerumuskan diri ke lembah neraka?

 atau 
yang mana menjadi pilihan anda?


“Abang, mengapa abg pilih saya menjadi isteri abangg? Abang tidak pernah melihat wajah saya.”
“Kerana naluri ikhlas berkahwin kerana Allah.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
Kata-katanya yang penuh hikmah membuat aku kembali fikir kebenarannya.. Ya Allah ku syukuri segala pertemuan dan jodoh ini. Akan ku pelihara dengan sebaiknya…
sedutan dari



pendek kata panjang akal : dont judge the person by their appearance ok!  


papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...