Saturday, 18 June 2011

MASIH ADAKAH RUANG DIHATIMU?

ni cerpen yg aku karang sendri hasil drpd imaginasiku yg kuat..hehe
euww jiwang gler!
hope sudi baca smpi habis :)


Perasaan Nora ingin ke perpustakaan sekolah semakin membuak-buak. Dia bagai tidak keruan menahan rindu untuk menatap wajah sang jejaka yg selalu diperhatikannya secara senyap di perpustakaan tersebut. Entah bila perasaan rindu tu mula muncul dalam segenap ruang hatinya yang sudah pun dia isi untuk lelaki lain. Yang pasti rindu itu sekadar rindu yang berdebu kerana sayang dan cintanya terhadap sang jejaka yang tampan itu masih belum pasti. Usia nora baru menginjak enam belas tahun tetapi dia sudah mula berani ingin belajar erti cinta. Kerana cemburu melihat rakan-rakannya yang lain sudah pun berkasih sayang walau masih dibangku sekolah. Hati Nora mula bergolak untuk mencari calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya. Sejak dari dulu Nora terkenal dengan sikap jual mahalnya. Bukan tiada lelaki yang mahukan dirinya, cuma dia saja yang terlalu jual mahal dan mahu menjaga status singlenya. Baginya, orang yang sudah bercouple tidak lagi suci. Namun pemikiran kolotnya itu akhirnya memakan diri sendiri.


Dia mula terpikat dengan tiga orang lelaki sekaligus. Dia mula rapat dengan mereka dan menjadi seperti kawan baik. Namun, antara ketiga-tiga lelaki tersebut, Seth yang paling menyerlah. Seth seorang jejaka tampan yang berusia setahun lebih tua berbanding Nora. Dia tidak tahu mengapa akhirnya dia memilih Seth sebagai teman hidupnya, walhal pada mulanya,bukan Seth lelaki pertama yang berjaya memikat hatinya. Seth mempunyai aura yang berlainan berbanding lelaki lain yang pernah dikenalinya. Pada mulanya Nora terpikat dengan sikap Seth yang sangat merendah diri dan tidak suka bergaul dengan perempuan. Seth juga seorang pelajar yang cerdik. Banyak ciri-ciri lelaki idaman Nora ada pada Seth. Hati Nora mula tertarik kepada Seth tetapi dia tidak mahu menyakitkan hati dua lagi lelaki yang menyayanginya. Nora semakin buntu dan dilema. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan baik dengan ketiga-tiga lelaki tersebut. Memang pahit baginya untuk menghadapi kenyataan tersebut. Dia terpaksa meninggalkan ketiga-tiga lelaki yang pernah singgah memberi kebahagiaan dalam hidupnya.


Hari-hari yang dilalui tidak lagi cerah seperti dulu. Nora lebih banyak bermurung dan mendiamkan diri di dalam bilik. Sudah hampir seminggu dia tidak berhubung dengan mereka. Tiba-tiba Nora menerima pesanan ringkas dari Seth. Seth hadir ingin mengembalikan kasih yang telah hilang. Nora cuba menjelaskan bahawa dia tidak mahu berlaku tidak adil terhadap tiga orang lelaki yang dia sayang. Seth berhasrat sekadar ingin menjadi kawannya. Seth tidak sanggup melihat Nora terus bersedih. Walaupun jauh di lubuk hati Seth berasa sangat kecewa terhadap Nora. Kesabaran dan ketulusan Seth terhadap Nora sedikit demi sedikit telah membuatkan Nora ingin kembali meraih cinta Seth. Kini dia sudah pun menginjak tujuh belas tahun dan tahun ini Nora bakal menghadapi SPM.

Sudah hampir setahun mereka berkasih sayang, namun Seth belum pernah benar-benar melamarnya sebagai kekasih.  Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi, Nora masih lagi belum tidur. Tiba-tiba dia menerima pesanan ringkas dari jejaka yang dicintainya. Bersaksikan bulan pada pagi itu, Seth melamar Nora sebagai kekasih dan pasangan hidupnya. Mereka menjadi semakin rapat. Kini,Nora benar-benar sudah menjadi milik Seth. Setelah hampir setahun hubungan mesra mereka, barulah kini mereka declare sebagai pasangan kekasih. Nora telah pun berjaya menamatkan zaman persekolahannya dan mendapat keputusan SPM yang sama seperti Seth. Inilah yang dikatakan jodoh. Terlalu banyak persamaan antara mereka.

Kini hubungan mereka sudah menjangkau usia tiga tahun. Segala rahsia dan personaliti diri masing-masing bukan lagi menjadi rahsia antara mereka berdua. Kedua belah keluarga telah mempersetujui hubungan mereka. Hubungan Nora dengan keluarga Seth semakin rapat. Begitu juga hubungan Seth dengan keluarga Nora. Mama Nora sangat menyenangi sikap Seth yang rendah diri dan menghormati orang tua. Nora sering juga melawat keluarga Seth memandangkan jarak rumah mereka yang begitu dekat. Namun Seth dan Nora tidak terlalu berlebihan dalam bercinta. Walaupun rumah mereka sangat dekat,namun mereka jarang sekali bersua muka. Hanya pada hari ahad mereka keluar bersama, itu pun hanya menghabiskan masa bersama selama 3 jam.  Setiap kali mereka keluar, Seth akan menghantar Nora pulang sebelum mahgrib,sampai di hadapan pintu rumah Nora. Seth tahu tidak manis membawa anak dara orang keluar pada waktu malam memandangkan Nora belum benar-benar menjadi isterinya yang sah. Ingin saja dia meminang Nora secepat mungkin. Namun faktor kewangan dan pelajaran menghalang mereka melakukan demikian. Nora telah berjanji akan menunggu Seth sehingga Seth betul-betul bersedia ingin memperisterikannya. Memang tidak ada lelaki lain yang mampu membutakan hatinya selain Seth. Hanya Seth yang layak menjadi suami baginya.

Langit tak selalunya cerah. Hubungan mereka sering dilanda masalah. Adat pasangan berkasih tentu ada pasang surutnya. Seth mempunyai sikap cemburu yang kuat. Dia tidak mahu kekasihnya lepas ke tangan orang lain. Seth terlalu menyayangi Nora. Dia sangat bersabar dalam melayan karenah Nora. Setiap kali mereka bertengkar Nora akan menitiskan air matanya sehingga tidak mampu lagi mengalir. Nora yang sering menimbulkan masalah dalam hubungan mereka. Disebabkan sikap peramah dan lembut hati Nora, Nora sering berbual dengan rakan-rakan lelakinya. Baginya, mereka sekadar kawan dan Seth adalah ‘the only one’. Nora tidak pernah berniat ingin melukakan hatinya. Namun dia sering menyinggung perasaan lelaki yang dicintainya secara tidak sengaja. Tidak ada kekasih yang sengaja menyakiti hati orang yang dia cintai, namun setiap kali Nora melakukan sesuatu, itulah yang terjadi.

Dia sekali lagi telah melukakan hati Seth. Bukan Nora tidak pernah cuba untuk berubah, dan bukan Seth tidak pernah memberi peluang tapi peristiwa yang menyakitkan seringkali melanda dalam hubungan mereka.  Seth telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Nora. Berpisah untuk selamanya. Bagi Seth, Nora tidak lagi menyayanginya. Hati Seth sering disakiti. Seth sudah muak dengan masalah yang melanda mereka. Kini Seth benar-benar tidak sanggup lagi menghadapi semua itu. Hati Nora hancur berkecai dengan keputusan Seth yang terlalu terburu-buru itu. Nora sudah melakukan pelbagai cara untuk memujuk semula hati Seth. Namun hati keras Seth sudah tidak boleh dibendung lagi. Ego Seth terlalu tinggi untuk memaafkan Nora. Sudah banyak kali Nora menyakiti hati Seth. Walaupun secara tidak sengaja,hati Seth tetap tidak dapat menahan perbuatan Nora terhadapnya.

Suatu malam,Seth terlibat dalam kemalangan kecil. Nora yang mengetahui hal demikian sangat bimbang akan keadaan Seth. Walaupun Seth mengatakan hubungan mereka telah putus,namun hati Nora masih meronta tidak mahu melepaskan Seth. Cintanya terhadap Seth masih membuak-buak. Nora segera menemui Seth dirumahnya. Mujurlah hanya luka kecil yang dialami. Hati Nora sedikit lega setelah mengetahui keadaan Seth. Dia tidak akan memaafkan dirinya jika perkara buruk terjadi pada Seth. Dia tahu kemalangan yang terjadi kepada Seth semuanya berpunca darinya. Seth terlalu sedih dan kecewa apabila mengenangkan sikap Nora. Akibat terlalu sedih,dia tidak dapat mengawal motosikalnya pada waktu itu. Kehadiran Nora dirumah Seth malam itu tidak disenanginya. Seth seolah-olah benci melihat wajah gadis yang telah menjadi punca semua itu berlaku.

Nora hadir sekadar untuk meminta maaf dan meminta peluang terakhir diberi kepadanya. Namun Seth mendiam seribu bahasa. Tidak ada lagi ayat yang mampu dikeluarkan dari mulutnya. Seth terlalu kecewa dengan sikap Nora. Jauh di lubuk hati, Nora masih berharap ada ruang di dalam hati Seth untuk dirinya. Memang sukar untuk mengembalikan kepercayaan yang telah hilang. Nora masih tidak dapat menerima keputusan Seth yang ingin meninggalkan dirinya. Nora tidak dapat menerima jodoh lain dalam hidupnya. Hampir setiap hari dia berdoa memohon kepada Allah, Seth adalah jodohnya hingga ke syurga.

Hari ahad minggu itu tidak seperti hari ahad minggu sebelumnya. Nora sendirian bermurung di rumah. Dia tidak lalu makan. Semua projek yang diberi oleh ‘lecturer’nya terbengkalai.  Moodnya bagai hilang melayang. Dia langsung tidak ada semangat melakukan apa-apa pekerjaan. Dalam hatinya masih memikirkan jejaka tampan itu. Hampir setiap saat dia melihat telefon bimbitnya. Menunggu pesanan ringkas dari Seth. Namun tiada satu pun pesanan yang dikirim Seth. Hatinya makin hancur. Dia benar-benar takut Seth tidak akan kembali lagi ke pangkuannya. Akhirnya Nora bernekad untuk ke rumah Seth. Biar apa pon yang akan dikatakan oleh Seth nanti, dia tidak lagi kisah. Dia tetap berkeras untuk berjumpa dengan Seth. Hati kecilnya meronta merindukan wajah tampan lelaki itu. Tambahan pula, dia ingin mengetahui keadaan Seth. “Bagaimana agaknya keadaan kekasih hatiku? Apa agaknya yang sedang dia lakukan? Masih adakah peluang untukku menebus segala kesilapanku?” Cetus hati kecil Nora.

Dia lalu berangkat pergi ke rumah Seth dengan sedikit buah tangan.  Setibanya di rumah Seth, kehadiran Nora disambut baik oleh adik dan ibunya. Namun sejurus saja Seth melihat Nora, dia seperti mahu melarikan diri. Dia masih benci melihat wajah Nora. Susuk tubuh Nora yang berdiri kaku dihadapannya langsung tidak diendahkan. Nora hanya mampu terpaku saat dia ditinggalkan berdua dengan Seth di anjung rumah Seth. Mereka langsung tidak bertegur sapa. Nora sebenarnya ingin memulakan perbicaraan tetapi takut kata-katanya hanya akan menyakiti hati Seth lagi. Dia semakin buntu. Perasaan yang dirasakannya sekarang sangat sengsara.

Dia berada tepat dihadapan lelaki yang dicintainya, tetapi tidak mampu berkata apa-apa walaupun sekadar ucapan ‘hai’ dan ‘maaf’. Lidahnya jadi kelu. Degupan jantungnya semakin bergolak kencang. Tidak tahu apa yang harus dilakukan dahulu. Tidak tahu bagaimana hendak meluahkan rasa hatinya yang sedang sengsara akibat perbuatannya sendiri. Air matanya sudah pun bertakung di kelopak matanya yang telah lama membengkak. Semalaman dia menangis dan tidak boleh tidur mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Tiba-tiba ayat yang sangat tidak disangka-sangka keluar dari mulut Seth. “aku mintak kau jangan ganggu hidup aku lagi.jangan cari aku.kau ni perempuan hina yang tak ada hati perut.aku menyesal kenal dengan kau!” laju saja Seth mengatur ayatnya.

Air mata yang sudah lama ditahan oleh Nora akhirnya mengalir deras. Tidak sangka itu ucapan yang diterima dari lelaki yang sangat dia cintai. Begitu bencinya Seth terhadapnya. Begitu hinanya dia dipandangan mata Seth kini. Nora akhirnya meminta diri untuk pergi dari situ. Cepat-cepat dia mengesat air matanya dan bersalaman dengan ibu Seth. Sungguh pedih mendengar kata-kata itu tadi. Seth langsung tidak mahu memandang apalagi menghantar Nora pulang. Egonya amat tinggi. Dia membiarkan saja Nora berjalan keseorangan dalam kesedihan. Nora bagaikan sudah hilang pertimbangan. Kata-kata Seth tadi masih lagi terngiang-ngiang. “kau ni perempuan hina yang tak ada hati perut.aku menyesal kenal dengan kau!”

Nora terhuyung-hayang melintas jalan besar. Jantungnya bagaikan sudah ditarik pergi setelah mendengar kata-kata pedih itu. Tiba-tiba sebuah lori melanggar Nora dari arah bertentangan. Bunyi dentuman yang kuat mengejutkan Seth yang masih lagi di anjung rumahnya. Hati Seth tiba-tiba rasa tidak keruan. Dia berasa tidak sedap hati. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Dia lalu meminta izin dari ibunya untuk ke kedai runcit yang berada di tepi jalan besar. Sejurus tiba dihadapan kedai, Seth melihat orang ramai berkerumun di bahu jalan. Bagai ada pertujukan hebat yang sedang berlaku di situ. Seth lalu ke tempat di mana ornag ramai itu berkerumun. Dia tidak mahu melepaskan peluang melihat pertunjukan tersebut. Seth terkejut apabila melihat darah berlumuran di tengah jalan raya. Hatinya semakin tidak tenang. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk telah terjadi.

Waktu itu, hanya wajah Nora yang bermain di pikirannya. “Mana Nora?dah selamat sampai rumah ke agaknya?” makin tidak keruan hatinya. Dia terus menelefon Nora. Egonya ditolak ketepi. Keadaan Nora lebih penting saat itu. Alangkah terkejutnya Seth apabila mendengar ringtone Nora yang datangnya dari arah kerumunan orang ramai. Dia segera menerpa ke arah itu. Ditolaknya orang ramai ketepi. Bagai hendak tercabut jantungnya melihat Nora terkujur kaku berlumuran darah. Ternyata bunyi dentuman yang kuat kedengaran tadi adalah bunyi Nora dilanggar. Saksi yang melihat kejadian tersebut tidak sempat mencatat nombor plat lori yang melanggar lari Nora sebentar tadi. Cepat-cepat Seth mendapatkan Nora dan membiarkan Nora di pangkuannya. “Sayang!!” Meraung Seth melihat gadis yang sangat dia cintai sedang lemah berlumuran darah. Ego lelakinya tidak lagi dipedulikan. Air matanya tidak henti-henti berjurai jatuh dari pipinya. Penyesalan menyelebungi dirinya. Jika dia tidak berkata sedemikian ayat yang menyakitkan hati Nora, perkara ini tidak mungkin akan berlaku. Nora tidak mungkin terlibat dalam kemalangan. Seth segera mengangkat Nora ke keretanya. Adik dan ibu Seth turut menemani Seth menghantar Nora ke hospital.Seth memecut laju keretanya menuju Hospital Kuala Lumpur. Risau benar dia jika keadaan Nora semakin parah.

Nora dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Di luar wad,keluarga Seth dan Nora sedang menunggu dalam keadaan cemas. Nora langsung tidak sedarkan diri sejak kemalangan tadi. Seth makin diselubung rasa bersalah. Dia menghentakkan kepalanya berkali-kali ke dinding seolah-olah tidak dapat memaafkan dirinya. Doktor mengatakan Nora patah kaki kanan dan cedera di kepala. Terdapat darah beku di kepalanya yang menyebabkan ingatan memorinya terganggu. Terkelu semua mendengar kata-kata doktor itu. Mereka tidak mahu Nora hilang ingatan. Suasana pilu menyelubungi seluruh ruang wad tersebut. Susuk tubuh Nora dibiarkan terkujur kaku di atas katil. Nora masih lagi belum sedarkan diri. Seth cuba mengusap dahi Nora. Dia perlahan-lahan menyentuh jari-jemari Nora yang lemah. Perlahan-lahan dibisikkan ke telinga Nora “Maafkan saya,sayang”. Sekali lagi Seth mengalirkan air mata. Air matanya yang terasa hangat jatuh ke tangan Nora.

Nora yang tidak sedarkan diri tiba-tiba mengeluarkan air mata. “sayang,sayang dah sedar? Buka mata sayang.saya tahu awak boleh dengar saya” rintih Seth yang terkejut melihat Nora mengeluarkan air mata. Dia menggenggam kuat tangan Nora. Sekali lagi dia meminta maaf. Kali ini suaranya agak tersekat-sekat menahan hiba yang dirasa.  Nora akhirnya membuka mata perlahan-lahan. Dilepaskan tangannya dari genggaman Seth. “Awak pergilah.biarkan orang yang awak benci ni seorang diri disini” lemah Nora mengeluarkan kata-kata dari mulutnya. “Saya tak pernah bencikan awak.saya minta maaf kerana terlalu kasar dengan awak tadi.maafkan saya?”. Nora bahkan tidak peduli kata-kata Seth. Dia memalingkan mukanya dari pandangan Seth. Tidak sanggup dia melihat wajah yang tadi telah menghinanya. Bukan dia benci kepada Seth,tetapi dia terasa dirinya sangat hina atas perbuatannya selama ini terhadap Seth. Seth sudah banyak mengalah dengannya. Kini dia telah menerima balasan setimpal atas perbuatannya. Dia memang layak diberi layanan sebegitu oleh Seth. Dia memang layak dibenci Seth. Hatinya terusik walaupun Seth membencinya, namun Seth masih menyayanginya. Buktinya Seth berada tepat disisinya sewaktu dia terlantar sakit di hospital. Sewaktu dia mengetahui kakinya kanannya sudah patah, Seth masih mahu mendekatinya. Besarnya kesabaran Seth terhadap Nora. Tulusnya hati Seth menjaga Nora. Semalaman Seth tidak tidur menunggu Nora sedar dari pengsan.

“sayang,beri saya peluang.kita bina hidup baru.saya janji saya akan lupakan semua kisah silam kita” rayu Seth dengan nada yang lembut. Runtun hati Nora mendengarnya. Ternyata masih ada ruang dihati Seth untuk seorang gadis yang telah banyak melukakan hatinya. Ternyata Seth masih menyayanginya. “Betul awak dah maafkan saya?Awak masih cintakan saya seperti dulu?” tanya Nora dalam kesedihan. “betul sayang.saya cintakan awak sangat99.kita kahwin ye?saya nak jaga awak sampai bila-bila”. Hatinya berbunga mendengar kata-kata dari Seth. Dia bersyukur sangat hubungan mereka tidak berakhir di tengah jalan. Cepat-cepat dia menadah tangan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Akhirnya Allah memakbulkan doanya. Allah sentiasa mendengar rintihannya.


p/s: akhirnya habis juga aku mengarang.power x?xsampai sehari da siap cerpen panjang berjela ni..hee
saja pakai nama watak 'nora' n 'seth'..kasi kontroversi sikit :)

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...