Tuesday, 31 May 2011

YANG TERSURAT N TERSIRAT DALAM HATI POMPUAN

ramai yg tatau ape yg senanye tersurat n tersirat dkt pompuan kn?
laki ckp pompuan ni pelik,pompuan mysterious,gedik lebih n etc..
ramai laki xphm psl pompuan..
ala jgn ckp korg xphm psl ktorg.
kadang2 ktorg yg pompuan ni pon xphm psl ktorg..
*laa pulok?
humm pompuan ni naluri die len sket dr laki..
*eh sket ke?byk kot
tp xsume pompuan ade naluri or perasaan yg sme..
contohnye kebanyakan pompuan ske dibelai n dimanja
tp ade sesetengah xske dibelai..rimas katanya..
mcm aku la..aku xske nk manja lebih2.
tp org yg ske sgt nk manjakn aku
EHEMMM! *opssss

xmo bebel byk la..korg amati btol2 ye ayat kt bwh ni wahai jejaka2,pujangga2 sekalian..
nnt bley ngorat awek kawai yg korg dok usha sgt 2..hee~



Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (yea btol!sesetengah wanita xske org len nmpk kesedihan mereka..tp senanye mereka nk org yg disayangi tau mereka dlm kesedihan)


Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (sesetengah pompuan ske kalo laki pujuk tanpa henti.ini menunjukkn laki 2 bersungguh-sungguh mntk maaf..yg laki plak jgn la gne ayat sme je utk pujuk awek korg..aduh bosan kot!be creative la)


Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sume kelemahan kekasih mereka terima dgn ikhlas..da nme cinta.sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.(so laki jgn la asek nk cemburu buta je..kalo pompuan 2 da tangkap cintan kt korg,even dia dikerumuni ramai laki sekalipon,lelaki 1st yg ada dlm fikiran da semestinya korg je!the only one kekasih hati dia)


Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 


Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.(owh yg ni setuju sgt!aku slh seorang pompuan yg xpandai terima pujian.baik dr lelaki or dr pompuan.nk ckp 'terima kasih' pon aku xreti.so xpyh puji lebey2 la.kalo da nmpk dia senyum 2 kira dia suka la kne puji..puji lebey2 kang x pasal2 kne maki hamun.eh tp ade setengah pompuan ske gler kne puji.smpi meliuk lentik pas kne puji ngn laki..omg!)


Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.(sama la cam korg kn?cuba kalo korg ditolak mentah2 oleh seorang pompuan yg sgt korg cinta.mst frust mencangkung gler kn?)


Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.(berkawan bley,tp jgn sampai bg harapan palsu.bahaya!)


Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(pompuan lebih suka tulis diari utk meluahkn perasaan mereka berbanding dgn lelaki.lelaki lebih prefer meluahkn perasaan dgn action)


Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.(oii kureng ajar nmenye 2!korang 2 berguna sgt ke ckp makhluk Allah xberguna??)


Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.(pompuan ni kn berhati lembut n manja.so xpyh la nk serius sgt mcm batu..bosan la)


Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.(hahaha benda mcm ni la yg jd time si dia mula mengorat aku dulu.marah2 n xlayan lgsg msg dia.pdhl dlm hati.omg!serious blushing..malu2 mioww) 


Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.(jgn la wat senyum gatal..pleaseeee geli!mcm muka perogol bersiri)


Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.(xmo gelojoh2 pleasee..slow down.haha)


Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (tp kalo awek korg wat camtu,jgn la tgglkn dia plak..maybe dia dlm kesulitan or moody.just bg dia masa)


Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 


Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!(jgn suka2 wat andaian buruk terhadap pompuan.sebaiknya bg peluang dia jelaskn keadaan sebenar) 


Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 


Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.(dont be lazy guys!or she will left u) 


Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.(mestilah ada perasaan cemburu.takot kekasih hati dirampas org.nak2 agi pakwe dia hensem mcm pelakon korea) 


Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!(nk lupakan peristiwa yg pernah berlaku dlm hidup mmg susah.tp percayalah,ingatan 2 sekadar sebuah memori yg xmembawa apa2 makna pon dlm hidup dia skang.sebab apa yg ada di depan mata skang adalah yg paling berharga)


Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.(kalo cakap 'i love you' tiap ari agi sweet!hee) 


Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.(xbaik tau gunakan org len.kesian dia) 


Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.(please jgn mainkan hati pompuan!) 


Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 


Senjata wanita adalah airmata!! (yeah its true!xcaya?try la jatuhkan air mata dpn bf korg time dia marah..comfirm dia cair n pujuk korg blek)


Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 


Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...(tp jgn over plak..rimas weyh kalo tiap saat ambil berak..sampai nk g jamban pon nk ckp 'hati-hati ye!')


Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (ikhlas n jujur paling penting..tolong jgn permainkan hati wanita dgn ayat manis korg,tp end up korg biar dia terkontang-kanting)

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

No comments:

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...