hum senanye da lme gler nk tls entri psl mencarut ni..
tp asek xjd je..haha (malas!)
kali ni sng je..aku copy paste dr website org..janji dpt gak entri bertajuk 'mencarut'..haha
siyes aku ckp!mmg benci gler org yg ske mencarut ni!
ase nk lempang2 je mulut dorg!
lancang gler men sebut bende 2..hoho
xnk menipu la kn..
kdg2 aku pon sebut gak..mcm 'bodoh,bangang,siot'
tp yg ringan2 jela..haha
aku benci gler dgr pkataan 'bab*,pan***,puk****,dan sebagainya'
panas tinge aku mendengarnye!huhu
hum ni antara pendapat org len yg aku amek dr website die:
Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.
Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.
"ELEH..MACAM LA KO TAK PERNAH MENCARUT..." TAPI..PERNAH TAK KO FIKIR NAK BERUBAH??
"Macam siot?"
Pernah guna tak perkataan ni?
Ok, semua orang pernah mencarut. Saya setuju. Saya pun sama. Tak kira la walaupun dah ubah perkataan tu. Dari sial, jadi siot. Dari babi, jadi kambing. Tapi niatnya apa? Nak mencarut kan. Haha. Jangan deny.
Kadang-kadang kita ni bukan mencarut sangat. Bukan habit. Tapi bila kita di sekeliling orang yang dah biasa mencarut, kita pun terasa nak mencarut. Carut rasa cool. Rasa part of the conversation.
Kadang-kadang dalam situasi tak ada orang mencarut, adrenaline pun rasa kurang. Tak rasa nak mencarut pun. Boleh pulak kan?
So? Adakah itu bermakna kita mencarut sebab mengikut persekitaran? Satu kesimpulan yang salah! Kita mencarut sebab kita nak mencarut. Tak payah la kita salahkan surrounding ni. Memang sendiri nak mencarut, kisah apa dengan sekeliling kan?
"RILEKS LA..MENCARUT JE.." HMM..BOLEH PLAK MACAM 2...
Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.
Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?
Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.
SEDAPNYA MENCARUT...TAPI.....APA FAEDAH??
Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.
Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.
Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.
Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.
Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.
Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya. Saya sendiri pun suke kehidupan sempoi2 ni. Bak kate Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe bro. Please lah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.
KESIMPULAN YANG MAKIN TERSIMPUL...
Penulisan ni tidak ditujukan kepada seseorang yang spesifik, malah untuk semua pembaca, saya pasti semua orang pasti pernah mencarut samada sengaja atau tidak. Saya sendiri pon pernah. Saya mengaku. If ade yang tak puas hati or nak berbincang, saya sangat alu2kan..
Sebelum mencarut ni jadi habit, baiklah kita cuba kawal. Sebenarnya post ni untuk diri sendiri gak. walaupun tak direct mencarut, still? So, jom kita lancarkan kempen berbahasa baik-baik ;)
~Mencarut Membahayakan Mulut..Silap-Silap Kena Lempang~
papan kekunci diketuk oleh SilaHezi
Monday, 20 September 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment