Hai Assalamualaikum awesome readers! ;)
maaf sangat dah lama xupdate blog ni..
bukan tak ada masa.tapi nak tunggu mood menulis blog tu tak sampai-sampai.haha
lagipun selalu online guna phone je.
so memang terbatas la aktiviti nak mengupdate blog kan
Perkara yang anda patut tahu tentang Asilah
#seorang perempuan yang nampak macam sopan,tapi disebalik kesopanan,aku seorang yang tomboy dan sangat kasar di zaman persekolahan.
#sangat benci/anti dengan warna pink dan skirt..tapi akhirnya sekarang dah addicted dengan skirt..(addicted pink tak la)
#istilah 'diet' tak pernah wujud dalam kamus hidup.kuat melantak,tapi tak pernah gemuk.*aku nak gemuk! :'(
#susah nak rasa kenyang walaupun dah makan nasi berpinggan-pinggan.nak kata tak baca doa makan,siap yaasin sekali aku baca.
#selalu lupa dah makan nasi ke belum.padahal baru lepas makan setengah jam yang lepas.siyes alzheimer dah ni. -_-"
#kalau merajuk dengan parents selalu duduk terperuk dalam bilik sorang-sorang. konon-konon mogok lapar. lepas tu pukul 2,3 pagi turun bawah cari makanan dekat dapur senyap-senyap.
#suka memasak dan suka tengok rancangan memasak.tapi sanggup tak masak daripada kena beli bahan masak dekat kedai. so jarang jugak la masak.haha *eh banyaknya perkataan 'masak'.masak korang nak membacanya ;p
#aku tak akan ingat apa yang aku dah masak minggu lepas. so setiap kali nak masak resepi yang sama kena recall balik.
#bila mood memasak dah muncul, kalau boleh sampai subuh nak duduk kat dapur masak macam-macam jenis makanan. tapi bila tak ada mood, jejak dapur pon malas.hehhh!
#sangat suka dengan baby.apalagi yang tembam-tembam dan bermata bulat!lepastu suka gigit pipi mereka sampai mereka meraung.
#suka menyanyi sambil tekap mulut dengan gayung masa mandi..suara terasa merdu semacam je.kahkah!
#suka makan buah durian dan jagung tapi bila dah di proses jadi roti,eskrem,pengat,kek,dan sebagainya jadi xselera nak makan.
#suka garu-garu kepala sampai berdarah.padahal bukan ada kutu atau kelumumur pon.
#senang sangat mengalirkan air mata.walaupon tengah termenung..
#ada orang kata aku bersin macam bunyi tikus. aku memang tak boleh bersin kuat-kuat. nanti hidung rasa nak tertanggal then satu kepala sakit, 5 minit baru ok balik.
p/s: sebenarnya banyak lagi perkara pelik pasal diri aku. kalau nak list boleh cecah tanah kubur kot. takut korang termuntah je nanti..hehe
jom SHARE perkara pelik tentang korang pulak! :)
papan kekunci diketuk oleh SilaHezi
Wednesday, 20 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)