Saturday, 31 December 2011

KALAU JODOH TAK KEMANA PART 5

TANDA-TANDA ANDA MATANG DALAM BERCINTA

usia percintaan yang lama membuatkan kita semakin matang dan berdikari dalam bercinta
semakin hari semakin mampu memendam perasaan seorang diri tanpa perlu meluahkan kepada pasangan
dan semakin hari semakin mampu melakukan setiap pekerjaan sendiri
tanpa mengharap pertolongan dari pasangan..
bukan nak cakap semakin hari semakin bosan atau hambar, tapi makin hari makin..........
hummm makin matang la senang cerita! korang paham kan maksud aku?haha
tak semestinya bila kita jadi matang dan berdikari hubungan cinta kita menjadi hambar dan renggang
kadang kala dengan tidak mengharapkan apa-apa dari pasangan membuatkan kita kuat dan tidak cengeng!
contoh la, korang dok sebuk tiap saat,tiap jam, dan tiap hari hantar dan tunggu mesej dari si dia.
sedangkan si dia nak balas mesej korang pon lembab macam siput tenuk. kan buat sakit hati diri sendiri je
tapi kalau korang ada sikap matang dalam bercinta,
comfirm korang tak akan rasa sakit hati bila si dia lambat balas mesej atau tak balas langsung..
sebabnya, korang dah pupuk hati korang supaya tidak terlalu bergantung pada pasangan..
memang normal bagi setiap orang yang bercinta mesti tak boleh berenggang dengan pasangan
tapi makin lama usia percintaan tu,korang akan mula untuk tidak terlalu bergantung pada kekasih.
atau boleh dikatakan tidak terlalu berharap pada si dia.
maksud aku bukan korang kena lupakan terus si dia atau tidak berharap langsung dalam perhubungan,
tapi belajar untuk tidak berlebih-lebihan dalam bercinta..
actually banyak hikmahnya jika kita matang dan berdikari dalam percintaan. dan salah satu hikmahnya, mengurangkan maksiat. (tak nak cakap mengelak maksiat sebab manusia bukan maksum yang tak lepas dari melakukan maksiat)


Tuesday, 27 December 2011

PESANAN MAUT DARI BAKAL BAPA MERTUA

Kebelakang bakal menantu hantu,
Kau jangan ingat aku benarkan kau couple dengan anak dara aku,kau boleh buat suka hati dengan dia. Kalau kau nak kahwin dengan anak aku kau mesti ikut segala peraturan yang dah aku tetapkan. Kau nakal sikit aku jentik bibird kau! paham?! Jangan nak pandai-pandai tebuk tin lepas tu biar masuk angin. Aku tebuk pusat kau nanti! (bintang kecik) Ini amaran tegas dari aku sebagai bapak yang macho. 
Kat bawah ni peraturan-peraturan yang mesti kau ikut.Hilang satu peraturan,hilang jugak satu anggota tubuh kau! (bintang kecik) ada bran??

PERMUSUHAN SYAITAN TERHADAP MANUSIA

Sebenarnya tujuan syaitan yang sebenar adalah bagi menyesatkan umat manusia.
medan peperangan antara manusia dengan syaitan adalah dibumi.di mana tempat kita tinggal sekarang.
antara kaedah utama yang syaitan terapkan ialah menghiaskan maksiat sebagai perkara baik, perkara yang buruk menjadi elok dan sebagainya.
syaitan tidak akan menunggu lama untuk berperang dengan manusia, bahkan seawal lahirnya seorang bayi lagi ia sudah menyerang.
tidak ada perdamaian walaupun sedikit masa.
kemungkinan itulah antara sebab bayi menangis.wallahua'lam ;

"Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan syaitan menusuknya lalu ia menjerit dan meraung kecuali Isa anak Maryam dan ibunya." (Riwayat Muslim)

oleh sebab itu,kita dikehandaki mengazankan bayi yang baru lahir di telinganya
sebagai satu langkah awal melindungi bayi tersebut dari godaan dan hasutan syaitan.
para bapa,azankan la anak anda sebaik saja dia lahir 


eh muka macam anak buah aku pulok..haha

Monday, 26 December 2011

PERMAINAN VIDEO YANG MENGHINA ISLAM

isu ni dah lama sebenarnya digembar-gemburkan..tapi mungkin masih ramai yang tak tahu mengenainya.

memandangkan aku ni pon jenis yang kuat main games dan adik-beradik aku yang lain pon jenis yang addicted gila-gila dengan games,so rasanya tak salah aku nak share entri ni..rasa bertanggungjawab pulak nak sebarkan sedikit ilmu yang aku tahu..walaupun sikit tapi ia mampu mengubah keadaan :)
jemput baca entri yang aku ambil dari cik abang ni  ye! hafizstory


Salam sejahtera kepada semua readers serta bloggers-bloggers sekalian.Seperti yang sedia maklum,manusia sekarang semakin tidak menghiraukan adab-adab serta sifat ‘respect’ mereka terhadap segala benda.Dan yang paling saya tekankan dalam entry ini adalah hilangnya sifat respect terhadap agama..

Tidaklah saya bermaksud untuk mengutuk dan mengecam terhadap penganut agama lain,maaf,ini bukannya ditujukan kepada anda..Tetapi kepada sesetengah daripada anda yang tiada sifat menghormati serta mengekalkan keharmonian sesama agama..Kita hidup di muka bumi nie banyak agama..So apa salahnya kita respect satu sama lain,supaya perbalahan serta pertengkaran tentang agama dapat dihindari..
Disini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai beberapa permainan yangMUNGKIN TAK SENGAJAatauSENGAJAmenghina agama Islam…

Sunday, 25 December 2011

BAJU PENGANTIN UNIK

kad kahwin dah..pelamin dah..tempat honeymoon pon dah..
baju pengantin je belum kan?
hummm sikit hari lagi dah boleh jadi blog pakej perkahwinan dah ni..
lepas tu boleh panggil saya 'cik perunding perkahwinan'..haha joke
*jangan la pasni ada pulok yang datang cari aku suruh handle majlis perkawinan korang..
kalau nak majlis kahwin tu hancus,silalah cari aku..ahaks
ok mari-mari cuci mata! :D

merak bride..unik kan?
kalau ada yang nak buat tema dalam taman tu boleh la guna idea merepek ni.ahaks

Friday, 23 December 2011

BILA BOSAN..INILAH HASILNYA :)

sejak dah jadi budak celik it ni kemain lagi asyik nak mengedit header je..
kalau boleh tiap hari aku nak tukar header blog.
bagi korang pening sikit sampai muntah tengok header aku bertukar-tukar..haha
*buat header untuk blog sendiri memang la rajin kan..
orang lain suruh buatkan berat betul tangan ni..
nak siapkan, makan masa gila..lembab macam siput..haha
sorry kepada yang terasa tu..harap bersabar ye..
saya akan buatkan yang terbaik dan tercantik untuk awak..
insyaAllah...cehhh *cakap je lebih!

ni header favourite suatu ketika dahulu..lama jugak pakai.sampai nak muntah readers tengok


header before this..


zaman gajah..tak reti buat header transparent lagi..mari gelak!

ni pun zaman gajah..copy paste je reti..kahkah 



ok buruk..sila gelak!




header untuk blog shawl aku..simple je kan? 

the latest one..hee :)


banyak lagi header pernah aku buat..tapi tak mungkin la nak publish semua kan?
dah la header busuk..kalau lawa tak apa jugak ek..
p/s: kalau tetiba ada yang nak aku cemarkan blog korang dengan masterpiece aku yang busuk ni,silalah comment ye.heee *nak jugak tu promote..cehh!

papan kekunci diketuk oleh SilaHezi

Saturday, 17 December 2011

CINTA DAN SOLAT

Tak sah bercinta tanpa air mata.hati tak terasa kalau tak ada perasaan cinta.
that's why bila kekasih kita berada jauh daripada kita
atau menjaukan diri,kita mesti rasa sangat sedih kan?
tak kisahlah sama ada rindu ataupun sakit hati sebab kekasih berada jauh.
jarang sangat ada orang yang bercinta tapi tak pernah merana
sebab tu lah orang yang bercinta dikatakan jiwang sebab perasaannya sentiasa tersentuh

ada jugak orang yang tak bercinta tetapi merana
merana sebab masih belum berjumpa dengan orang yang ingin mencintainya
diri mahu dicintai tapi belum ada yang sudi ataupun tak sesuai dengan kehendak
hidup terasa hambar tanpa cinta
masalah dalam percintaan membuatkan kita kadang kala tersasar dari landasan..(cehhh ayat)
tetapi sebelum meraih cinta insan yang lain,haruslah meraih cinta Pencipta kita dulu
setiap msalah ada jalan penyelesaiannya.
termasuklah masalah cinta
macam mana ye nak mengubat hati yang lara akibat cinta?

Islam agama yang syumul atau sempurna.
Allah menciptakan pelbagai penawar kepada penyakit dan derita yang ditanggung oleh hamba-Nya.
melalui al-quran dan sunah,kita diajar pelbagai jenis solat yang mapu mengubat duka dan resah
orang Islam mengetahui solat adalah amalan penting yang menghubungkan kita dengan Allah
segala kehendak,keinginan,doa dan bimbingan boleh dipohon melalui solat.
sebab tu lah Allah menciptakan pelbagai jenis solat supaya kita tidak jemu memohon
dan mengharap kebaikan,kerahmatan,kejayaan dan keampunan daripada-Nya.

Monday, 12 December 2011

KALAU JODOH TAK KEMANA PART 4

CEMBURU TANDA SAYANG



Cemburu seringkali menghiasi perkawinan. Andaikan perkawinan tanpa cemburu rasanya lauk sayur tanpa perasa. Dengan kata lain cemburu adalah perisa perkawinan. Namun bila kecemburuan itu tidak terkawal, maka perkara itu akan menjadi masalah bagi suami atau isteri. Kerana, suami atau isteri bila cemburu terus akan membuatnya kelihatan jengkel.
Mereka selalu dihantui oleh perasaan takut, gelisah, bahkan boleh membuatkannya stress. Bila hal ini terjadi, maka kehidupan dalam perkawinan tidak akan tenteram dan bahagia. Kehidupan suami isteri akan tidak harmoni apabila salah satu pihak atau kedua-duanya  saling tidak percaya, tidak mengerti dan memahami,  saling tidak menghargai, dan saling tidak menerima.
Oleh kerana itu, penting bagi suami atau isteri untuk saling memahami pekerjaan atau tugasan masing-masing. Kerana ada kerja yang memerlukan kita  selalu berhubungan dengan banyak orang. Misalnya seorang PR (public relations) akan dituntut untuk berhubungan dengan semua orang. Dia harus melayani dan menerima tetamu syarikat dengan baik

KALAU JODOH TAK KEMANA PART 3

10 RESEPI RAHSIA CINTA




1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka.
Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.


KALAU JODOH TAK KEMANA PART 2

Kahwin Awal? Apa Masalahnya??

kahwin muda
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

KALAU JODOH TAK KEMANA PART 1

TANDA DIA BENAR-BENAR UNTUK KITA



1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.


Saturday, 3 December 2011

KENAPA ALAM MISTIK SERING DIKAITKAN DENGAN ISLAM? PART 2

nak cerita pasal alam mistik ni sampai minggu depan pon tak habis rasanya
that's why aku terpaksa separatekan entry ni kepada dua part
kang korang menyampah pulak baca entri yang cecah tanah..haha
ok berbalik kepada persoalan aku dalam entri yang sebelum ni
kenapa 'benda tu' sering mengganggu orang yang kurang beramal dengan agama?
terutamanya perempuan yang lemah..
kenapa ek?kenapa tak kacau orang alim berserban?
humm memang ada segelintir alim ulama' boleh melihat makhluk halus
tapi adakah makhluk-makhluk halus yang berdepan dengan mereka
berani mengganggu mereka?lagi takut adalah kan?
sebabnya alim ulama' sangat berpegang kepada ajaran Al-quran
dan mereka lebih takutkan Allah berbanding takutkan makhluk halus
'benda tu' takut dan gerun bila berhadapan dengan orang yang takutkan Allah
tapi malangnya orang melayu zaman sekarang terbalik pulak
lebih takutkan hantu berbanding takutkan Allah

CLICK NI!BESTT! :)

AL-FATIHAH

1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang- orang yang sesat.

..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...